Berita berkenaan Siti Saleha hamil, akhirnya merungkaikan spekulasi yang bertebaran sebelum ini.
Tiada lagi teka-teki dalam kalangan peminat apabila pelakon popular itu mengesahkan sendiri berita kehamilan anak sulungnya menerusi satu hantaran video romantik di akaun Instagram rasmi miliknya.
Baca juga: 5 Mitos Tentang ‘Ciri’ Wanita Pernah Intim Sebelum Kahwin, No. 3 Tu Paling Ramai Percaya!
SITI SALEHA HAMIL ANAK SULUNG

Instagram @sallywho
Dalam hantaran yang mencuri perhatian itu, Siti Saleha, 35, dilihat sedang memeluk suaminya, Joshua Fitton, 38, berlatarbelakangkan suasana tenang dan penuh kasih sayang di sebuah pusat peranginan.
“Kami sudah lama menyimpan satu rahsia. Josh (suami) makan terlampau banyak dan dia semakin kembung. Jadi saya fikir mahu samakan perutnya dengan ‘bump’ saya,” katanya dalam hantaran di laman sosial.
Dalam video pendek itu juga, kelihatan beberapa keping foto yang dipercayai imbasan ultrasound, sekaligus menguatkan pengesahan bahawa pasangan ini kini sedang menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka.
Walaupun Siti Saleha tidak mendedahkan usia kandungannya, namun perkongsian itu sudah cukup membahagiakan para peminat dan rakan artis.
Sementara itu, ruangan komen hantaran tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa, antaranya daripada selebriti tanah air,
“Alhamdulillah, tahniah buat anda berdua,” kata pelakon Hanna Delisha.
“Congratulations dear! So happy for you, May Allah ease your journey,” komen penyanyi Shila Amzah.
Baca juga: Dr. Amalina Tegaskan Tiada Bukti Saintifik Air Sejuk Bahayakan Ibu Lepas Bersalin
Sebelum ini, Siti Saleha memilih untuk berdiam diri apabila timbul spekulasi mengenai kehamilannya selepas video pendek memperlihatkan seakan-akan ‘baby bump’ tular di media sosial. Ketika itu, beliau tampil anggun dalam busana hitam di sebuah acara tayangan filem.
Namun, pemenang kategori Bintang Asia Terbaik – Malaysia di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul itu hanya memberi bayangan samar apabila berkata dirinya bakal bercuti panjang selepas penggambaran drama Bad Cop.
Untuk rekod, Siti Saleha dan Joshua Fitton yang merupakan seorang pereka fesyen disatukan dalam majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Janda Baik, Pahang pada Februari lalu.
Berita kehamilan ini hadir kira-kira lima bulan selepas mereka mendirikan rumah tangga, menandakan permulaan fasa baharu yang pastinya lebih indah dan bermakna buat pasangan ini.
Baca juga: 1 Bahan Yang Ada Dalam ‘Skincare’ Ini Punca Bayi Lahir Cacat, Ibu Hamil Wajib Tahu!
Sumber: Instagram @sallywho
FT Image: Instagram @sallywho
