Euforia Bola 2026
Nur

Nampak Remeh Tapi Rupanya ‘Port’ Lepak Syaitan, Ini Sebab Elak Duduk Bawah Teduh & Matahari Serentak

tempat duduk syaitan

Pernah tak anda duduk di bawah sepohon pokok, lalu menyedari badan anda berada dalam keadaan separuh terlindung dan separuh kena cahaya matahari? Ia mungkin tampak seperti sesuatu yang remeh, namun tahukah anda bahawa keadaan itu sebenarnya tempat duduk syaitan?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa situasi ini tidak disukai oleh Nabi Muhammad SAW dan mengapakah begitu? Berikut merupakan penjelasan dari Dr. Kamilin Jamilin berdasarkan hadis.

Baca juga: Awas! Ini 9 Jenis Perabot Dikatakan Jadi ‘Sarang Setan’ & Tenaga Negatif Dalam Rumah

‘PORT LEPAK’ & TEMPAT DUDUK SYAITAN RAMAI TAK TAHU, DI ANTARA TERIK & BAYANG-BAYANG

tempat duduk syaitan

Foto hiasan.

“Adik, adik kena pindah tempat duduk sikit..”

“Kenapa pula abah?”

Dialog ringkas ini mungkin kedengaran biasa, tetapi di sebaliknya tersimpan satu pesanan penting yang datang daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW, Baginda memberi peringatan agar kita tidak duduk di tempat yang terkena sinaran matahari separuh dan teduh separuh. Dalam hadis lain, Baginda menyebut bahawa tempat seperti itu adalah maq’ad asy-syayatin (tempat duduk syaitan).

Kenapa begitu? Kerana tempat yang ‘tidak tetap’ atau ‘tidak seimbang’ seperti itu dianggap sebagai tempat yang tidak baik untuk manusia. Ia bukan hanya merujuk kepada ketidakselesaan fizikal, tetapi juga memberi kesan secara spiritual.

Apa Yang Kita Perlu Buat?

tempat duduk syaitan

Foto hadis dan contoh.

Jika kita mendapati diri kita sedang berada dalam keadaan sebegitu, Nabi SAW menyarankan dua pilihan mudah:

  1. Pindah sepenuhnya ke tempat yang teduh, atau
  2. Pindah sepenuhnya ke tempat yang terang/panas.

Tujuannya jelas iaitu bagi mengelakkan dari berada di titik peralihan antara dua keadaan yang berbeza secara ekstrem. Ia bukan hanya soal tempat duduk tetapi juga mengajar kita untuk menghargai sunnah, mematuhi ajaran Rasulullah SAW walaupun dalam hal yang nampak kecil, dan membentuk peribadi yang berdisiplin serta peka terhadap sekeliling.

Mungkin kita menganggapnya tidak penting, tetapi hakikatnya setiap ajaran Baginda ada hikmah yang besar. Maka, jika kita sedang berada di bawah pokok, atau mungkin di tepi tingkap dengan sinaran separuh masuk ke bilik, ingatlah… syaitan suka tempat separuh panas, separuh bayang. Pilihlah dengan bijak!

@drkamilinjamilin Ini tempat lepak kegemaran SYAITAN yang ramai tak tahu Nabi ﷺ LARANG duduk~ #IlmuAmalSebar ♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

Sumber: Tiktok @drkamilinjamilin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×