Euforia Bola 2026
Cantik

Nak Cantik Bertudung Tapi Rambut Gugur Pula, Gaya Bonggol Mungkin Penyebabnya!

bonggol rambut

Gaya rambut bonggol di sebalik tudung sering menjadi pilihan ramai wanita berhijab untuk tampil lebih rapi dan menawan. Bonggol yang tinggi bukan sahaja memberi ilusi wajah runcing, tetapi juga mencipta siluet tudung yang lebih ‘terletak’.

Namun, di sebalik kecantikan itu, tersembunyi risiko kesihatan yang ramai tidak sedar.

Baca juga: Pinggang Kerengga Bukan Lagi Tubuh Wanita Ideal Terkini, Saintis Dedah Bentuk ‘Curvy’ Lebih Menawan!

RAMBUT BONGGOL, KESAN TERSEMBUNYI TAK DISANGKA

bonggol rambut

Gambar hiasan AI

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, ikatan rambut yang tinggi dan ketat setiap hari boleh memberikan tekanan berulang kepada folikel rambut.

Lama-kelamaan, akar rambut menjadi lemah dan menyumbang kepada masalah keguguran rambut dikenali sebagai traction alopecia, atau lebih dikenali sebagai dahi sulah. Di mana, ia keguguran rambut di bahagian depan dan atas kepala.

Selain keguguran rambut, gaya sanggul tinggi juga memberi tekanan tambahan kepada otot leher. Ini boleh menyebabkan sakit kepala berpanjangan dan ketegangan di bahagian tengkuk.

Masalah ini mungkin tidak dirasai segera, tetapi akan muncul jika gaya tersebut menjadi rutin harian.

PHM turut menyarankan beberapa langkah mudah untuk mengurangkan risiko ini:

  • Tukar ikatan ke low bun yang longgar
  • Guna scrunchie lembut, bukan getah ketat
  • Tukar posisi ikatan dari semasa ke semasa
  • Lepaskan rambut bila sampai rumah

Ingatlah, berhijab adalah untuk menjaga maruah dan menutup aurat, bukan sekadar tampil cantik. Jangan sampai mengejar estetika hari ini, rambut menipis dan rosak esok hari.

Baca juga: 6 Petua Rawat Hati Busuk & Dengki, Warisan Orang Lama Yang Masih Relevan Hari Ini

Ulasan agama

Dalam satu penjelasan di portal Mufti Wilayah Persekutuan, hadis berkaitan “kepala seperti bonggol unta yang senget” merujuk kepada dua bentuk:

  1. Lilitan tudung atau serban yang diletakkan di atas kepala hingga kelihatan tinggi.
  2. Sanggul daripada rambut yang membentuk bonggol tinggi di bahagian atas kepala.

Kedua-dua bentuk ini merujuk kepada kedudukan sanggul yang terlalu tinggi dan menonjol. Larangan dalam hadis lebih cenderung kepada sanggul yang tinggi di bahagian atas kepala, bukan di belakang kepala, dan dibuat semata-mata untuk menarik perhatian.

Namun, jika ikatan rambut dilakukan kerana rambut panjang dan kelihatan sedikit bonggol kecil di bawah tudung (tanpa niat berlebihan atau untuk bermegah-megah), maka ia dibolehkan dalam masyarakat kita hari ini.

Seperti yang ditegaskan oleh pihak mufti, segala perbuatan perlu dimulakan dengan niat yang baik agar dipandu oleh Allah SWT.

Kesimpulan

Gaya rambut bonggol memang cantik, tetapi pastikan ia tidak menjejaskan kesihatan dan tidak melampaui batas. Seimbangkan antara gaya dan keselesaan, serta berpandukan adab dan tuntutan agama.

Kecantikan yang sebenar adalah apabila ia tidak menyakitkan, tidak merugikan dan tidak melanggar syariat.

Baca juga: Jangan Beli & Guna Produk Penjagaan Kulit Ini, KKM Dah ‘Banned’ Ada Racun Bahaya!

Sumber: Public Health Malaysia / Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×