Euforia Bola 2026
Didik

5 Tips Isi UPU Untuk Elak Jadi Graduan ‘Tersadai’ Habis Konvo, Lepasan STPM Baca Ini!

tips isi upu

Musim mengisi permohonan UPU kini kembali, dan ramai pelajar lepasan pra-universiti sedang mencari panduan terbaik bagi membuat pilihan tepat. Antara perkongsian berguna datang daripada Lyna Noh yang memuat naik beberapa tips isi UPU berdasarkan pengalaman dan pengamatannya sendiri tentang realiti pasca-graduasi.

Dalam hantaran Facebook miliknya, Lyna menekankan bahawa setiap keputusan memilih kursus dan universiti perlu dibuat dengan penuh pertimbangan. Berikut ialah rumusan tip penting yang dikongsikan beliau:

Baca juga: Jadual Waktu Peperiksaan UPKK & IKP 2025 Dah Keluar & Boleh Tengok Sini, Semua Calon ‘Fighting’!

TIPS ISI UPU LEPASAN PRA-UNIVERSITI

tips isi upu

Gambar hiasan: pixabay

1. Fahami risiko kursus pilihan

Dulu, graduan perubatan hampir pasti akan mendapat pekerjaan. Namun kini, hampir semua bidang mengalami lebihan graduan.

Malah, ada pemegang PhD pun menganggur. Jadi, elakkan memilih kursus yang graduannya sukar mendapatkan pekerjaan dalam industri sebenar.

Sebagai contoh, ada kursus yang ramai graduannya akhirnya menjadi guru, walaupun bukan itu bidang asal mereka. Ini bukan soal memperkecilkan kerjaya guru, tetapi lebih kepada realiti pasaran kerja dan pulangan pelaburan pendidikan yang terhad.

2. Kejar universiti mengikut merit

Jika merit anda tinggi (contoh 99%), pilihlah universiti yang setara (contoh 98-99%). Elakkan merendahkan potensi diri hanya kerana rasa takut tidak mampu mengikut rentak pembelajaran.

Pemilihan ini ibarat jodoh, mencari yang sekufu akan membentuk persekitaran belajar yang lebih serasi dan mencabar secara sihat.

3. Perlu ke ambil kira QS Ranking?

QS Ranking relevan jika anda merancang untuk sambung PhD atau menjadi pensyarah. Namun, untuk kerjaya dalam industri, ranking ini bukan penentu utama.

Ada universiti yang lebih menumpukan kebolehpasaran graduan, walaupun ranking mereka tidak tinggi. Namun begitu, universiti yang berada dalam senarai tinggi biasanya mempunyai rangkaian alumni yang kuat dan lebih glamour.

Baca juga: Kekurangan Bukan Penghalang, 5 Kerjaya Sesuai Untuk OKU Yang Ramai Tak Nampak

tips isi upu

Gambar hiasan: Kolej UNITI Kota Bharu

4. Ambil kira lokasi & kos sara hidup

Ada pelajar sengaja pilih IPT yang jauh dari rumah kerana ingin “bebas”, tapi perlu sedar bahawa tidak semua IPTA sediakan asrama penuh sepanjang pengajian.

Ramai yang akhirnya terpaksa menyewa sendiri selepas semester pertama. Ini menambah beban kos kepada ibu bapa.

Asrama memang dikenakan bayaran, tapi biasanya lebih murah dan selesa berbanding menyewa luar. Jadi, nilai semula keutamaan, nak “bebas” atau nak ringankan beban ibu bapa?

5. Kenal pasti gaya pengajaran universiti

Tidak semua universiti mempunyai sistem pembelajaran yang sama. Ada yang memberi nota lengkap, ada yang langsung tidak beri apa-apa. Ada yang kuliah dalam BM tetapi peperiksaan dalam BI.

Pelajar perlu cepat menyesuaikan diri kerana tiada lagi fasa “warm up” dalam pengajian ijazah, kena terus pecut sejak minggu pertama.

Bincanglah dengan ibu bapa, atau dapatkan pandangan daripada mereka yang lebih berpengalaman. Namun jangan telan bulat-bulat cadangan warga maya.

Gunakan pertimbangan sendiri dan mohon petunjuk daripada Allah dalam membuat keputusan terbaik.

Baca juga: Bapa Ini Dedah Kenapa Pilih Jurusan Universiti Anak Perlu Seawal TINGKATAN 3 & Jangan Tunggu SPM!

Sumber: Lyna Noh

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×