Kisah ibu syahid Ain Farhana terus menyentuh hati rakyat Malaysia. Pengorbanannya dalam melahirkan zuriat terakhir menjadi detik penuh pilu yang sukar dilupakan.
Hari ini, si kecil yang tidak sempat mengenal wajah ibunya, diberi nama Helena Attiya Binti Khairul Azhar. Secantik nama, seindah takdir yang tertulis oleh Yang Maha Esa.
Baca juga: Kekurangan Bukan Penghalang, 5 Kerjaya Sesuai Untuk OKU Yang Ramai Tak Nampak
BAYI HELENA, ANAK IBU SYAHID MENGALAMI PENYAKIT KUNING

Gambar bayi Helena Attiya yang telah diberi izin oleh bapanya Khairul Azhar untuk dikongsikan kepada umum.
Perkembangan terkini bayi Ain Farhana (ibu syahid)
Menerusi perkongsian di Facebook oleh Mr Wan Cai Official, perkembangan terkini bayi Ain Farhana dikongsikan kepada umum dengan keizinan daripada bapa bayi ini, En. Khairul Azhar. Helena kini berusia 12 hari.
Namun, takdir tidak mengizinkan arwah Ain Farhana untuk menatap anak yang dikandungnya selama sembilan bulan. Beliau pergi menghadap Ilahi sebelum sempat melihat wajah si comel Helena.
Kisah ini bukan sahaja menyayat hati rakyat Malaysia, malah menjadi simbol kasih ibu yang tidak terbalas sampai akhir hayat.
“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.” Sebuah kehilangan yang sangat meruntun jiwa.
Baca juga: Nyaris Maut Leher Dililit Tali Layang-Layang, Penunggang Motosikal Kongsi Detik Cemas Di MRR2
Bayi Helena mengalami penyakit kuning
Selain Helena, anak sulung pasangan ini, Uthman Attaki, yang baru berusia dua tahun kini turut membesar tanpa pelukan seorang ibu. Kedua-dua anak kecil ini kini berada di bawah jagaan sepenuhnya oleh bapa mereka yang tabah, En. Khairul Azhar.
Difahamkan, bayi Helena masih mengalami penyakit kuning yang belum pulih sepenuhnya. Dalam keadaan sebegini, pastinya kasih sayang dan bantuan masyarakat amat diperlukan.
Mr Wan Cai turut mengajak semua pembaca untuk sama-sama mendoakan kesembuhan Helena,
اللهم رب الناس أذهب البأس، واشفِ أنت الشافي، لا شفاء إلا شفاؤك، شفاءً لا يغادر سقماً
“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit ini. Engkau adalah Maha Penyembuh. Tiada penyembuhan melainkan dengan penyembuhan dari-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.”
Sumbangan solidariti bagi meringankan beban

Sebagai tanda solidariti dan keprihatinan, satu kutipan sumbangan kilat dilancarkan bagi membantu En. Khairul Azhar dalam membesarkan anak-anak yang ditinggalkan oleh isteri tercinta.
Bantuan ini diharap dapat memberi sedikit kelegaan dan menyemai harapan bahawa masyarakat sentiasa ada untuk menyokong mereka yang sedang diuji.
Maklumat sumbangan:
- No akaun: 2-62027-0004636-4
- Bank: RHB BANK Khairul
- Nama: Azhar Bin Jainal Abidin
Sumbangan melalui kod QR:

Nota: Selepas membuat sumbangan, niatkan pahalanya disedekahkan kepada arwah ahli keluarga tercinta.
Semoga Allah SWT merahmati almarhumah Ain Farhana, serta memberikan kekuatan luar biasa kepada En. Khairul Azhar dalam membesarkan dua amanah ini. Dan mudah-mudahan, segala sumbangan dan doa kita menjadi saham akhirat buat semua. Aamiin.
Baca juga: Risau Ramai Islam Terjebak Trend “S-Line” Simbol Pengalaman Seksual, Seakan Bangga Dedah Aib!
Sumber: Facebook Mr Wan Cai Official
FT Image: Mr Wan Cai
