Renovasi rumah bukan sekadar soal naik taraf fizikal, tetapi juga boleh menjadi simbol kasih sayang anak kepada ibu bapa.
Buktinya, kisah inspirasi 10 adik-beradik ini yang berpakat mengubah suai rumah ibu bapa mereka dengan tangan sendiri, bukan sahaja menjimatkan kos, malah sarat dengan kasih sayang dan pengorbanan.
Baca juga: Dibesarkan Ibu Tunggal Penoreh Getah, Anak Kaum Jakun ‘4 Flat’ STPM Bakal Ke Universiti Manchester!
RENOVASI RUMAH CARA DIY BAWAH RM10K

Kisah ini dikongsi oleh Faisal Suhaimi di Group Facebook Kaki Dekor. Menurutnya, projek ini mengambil masa sebulan untuk disiapkan dengan jumlah kos keseluruhan di bawah RM10,000.
Tercetus dari idea Faisal dan kakak sulung
“Idea first datangnya dari idea saya sendiri dengan kakak yang sulung bersepakat nak renovate rumah. Lepas itu baru kami mintak pandangan adik-beradik yang lain, bincang dalam group WhatsApp, tanya macam mana semua setuju tak nak renovate rumah mak ayah,” kata Faisal, anak kelima daripada sepuluh adik-beradik.
Tambahnya, niat utama mereka hanya satu untuk menggembirakan orang tua.
“Tujuan kami adik-beradik nak renovate ni nak bagi keselesaan dekat mak ayah, sekali balas jasa dorang laaa….sebab dah lama kami tengok keadaan rumah macam ni…so kami sepakat untuk teruskan dengan projek kami.”
Semua buat sendiri, tanpa upah tukang
Lebih mengagumkan, keseluruhan kerja dilakukan secara DIY oleh mereka sendiri tanpa mengupah sesiapa.
“Semua dari awal renovate sampai habis, dengan pasang siling, cat, pasang wainscoat, jahit langsir, semua kami adik-beradik buat,” jelas Faisal.
Konsep dekorasi pula dipilih berdasarkan minat ibu mereka yang sukakan warna hijau. Malah, susun atur dan pemilihan perabot turut dirancang secara kolektif oleh semua adik-beradik yang terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan.
Baca juga: Serba Daif Tapi Kemas & Tinggi Adab Melayu, Rumah Warga Emas Ini Jadi Bualan Mulut Warga Maya!
Tersentuh hati ibu
Apabila ditanya tentang reaksi ibu mereka, jawapannya cukup menyentuh hati.
“Kalau nak cerita tentang perasaan mak ayah pula, (ni saya tanya dia sendiri) mak sangat terharu dan suka dengan hasil yang anak-anak buat semua ni.”

Faisal turut berkongsi bahawa hampir semua adik-beradiknya bekerja sendiri, bukan dalam sektor kerajaan. Namun itu tidak menghalang mereka menyimpan dan melaburkan hasil titik peluh demi kebahagiaan ibu bapa mereka.
“Maklumlah, anak-anak mak bukan kerja kerajaan, semua kerja sendiri… kecuali abang sorang je kerja kerajaan… so dia macam terharu dengan hasil penat lelah anak-anak dia meniaga.
“Kakak sulung dan no. 2 bisnes langsir, saya sendiri wedding planner & surprise planner, adik-adik yang lain kerja dengan kami. Simpan duit, sanggup ketepikan kemahuan masing-masing demi bahagiakan mak ayah…”
“Jadinya bolehlah kami adik-beradik ni anggap ini merupakan salah satu pencapaian yang sangat kami suka, dapat balas jasa mak ayah,” ujar Faisal.
Inspirasi seperti ini membuktikan, dengan semangat kekeluargaan dan usaha bersama, impian renovasi rumah bajet mampu menjadi kenyataan yang sarat makna.
*Artikel ini telah diolah semula oleh penulis berdasarkan sumber portal Keluarga
Baca juga: Lima Atlet Cilik Malaysia Memanah Berkuda Ukir Sejarah, Raih Gelaran Juara (9 Emas) & 1 Rekod Dunia!
Sumber: Keluarga / Faisal Suhaimi
FT Image: Faisal Suhaimi
