Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Pizza Homemade Mudah Tapi Guna Penutup Periuk Ganti Loyang, Sama Cantik Bulatnya!

resipi pizza homemade

Kalau anda sedang mencari resipi pizza homemade mudah yang sedap dan tak renyah, perkongsian Azima Ramli ini memang wajib dicuba. Dengan bahan asas yang ringkas dan langkah penyediaan yang senang difahami, pizza ini boleh siap dimasak walaupun tanpa peralatan canggih.

Paling menarik, doh hanya perlu dibentuk guna penutup periuk saja! Nak tahu lebih lanjut? Jom tengok cara buat pizza homemade yang boleh diubah suai ikut selera sendiri.

Baca juga: 3 Petua Kuah Ikan Patin Tempoyak Pekat Elok, Barulah Rasa Macam Orang Pahang Masak!

RESIPI PIZZA HOMEMADE

resipi pizza homemade

Gambar Azima Ramli: Penyediaan pizza di atas penutup periuk sebelum dibakar di dalam ketuhar.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 paket yis (11 gram)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu minyak

Bahan taburan:

  • Daging kisar
  • Cili merah
  • Bawang holland
  • Buah zaitun

*Kalau ada sosej, nenas, cendawan atau bahan lain yang sesuai letak je.

Bahan lain:

  • Sos Prego/sos tomato
  • Cheese mozarella
  • Daun oregano kering

Baca juga: Resipi Cheesekut Viral Guna ‘Blender’, Tak Sampai 15 Minit Dah Siap Disimpan Dalam Peti Sejuk!

Cara penyediaan:

resipi pizza homemade

Gambar Azima Ramli

  1. Gaul tepung dengan sedikit garam.
  2. Di bekas lain, bancuh yis dengan gula dan air suam.
  3. Perah daging keluarkan air.
  4. Daging kisar gaul dengan garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan daun oregano kering.
  5. Campur bancuhan yis dengan tepung.
  6. Uli sikit-sikit sambil masukkan minyak dan bulatkan macam gambar.
  7. Biarkan doh mengembang dan selepas 25 minit dah kembang, sapu minyak di tangan dan bentukkan.
  8. Hanya pakai penutup periuk dan leperkan doh ikut saiz yang anda nak.
  9. Cucuk-cucuk doh dengan garpu.
  10. Letak sos dan bahan tabur.
  11. Letak cheese (saya punya dah habis jadi gantikan dengan mayonis).
  12. Lepas itu tabur daun oregano kering.
  13. Bakar 180’c selama 30-40 minit (kena kenal oven masing-masing, adjust suhu ikut kesesuaian).

Siap! Bolehlah potong. Selamat mencuba.

Baca juga: Cara Cepat Lembutkan Daging Beku, Guna 1 Bahan Rahsia Ini Tanpa Perlu Rendam Air Berjam-Jam!

Sumber: Azima Ramli

FT Image: Azima Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×