Euforia Bola 2026
Didik

“Anak Masuk Asrama Umur 13? Biar Betul!” – Ibu Ini Pilih PEGANG Anak Sampai 18 Tahun, Tak Kisah Tak Masuk SBP Pun

sekolah asrama

Di Malaysia, bukanlah perkara asing apabila pelajar mula masuk dan tinggal di sekolah asrama seawal usia 13 tahun. Hal ini kerana, demi mengejar kecemerlangan akademik dan membina jati diri, ramai ibu bapa sanggup berpisah sementara dengan anak-anak.

Namun, tidak semua ibu bapa bersetuju dengan langkah pendekatan yang diambil sesetengah pihak ini kerana dia mempunyai alsan tersendiri.

Baca juga: Nak Anak Masuk MRSM 2026? Ini Persediaan UKKM Ibu Bapa & Calon Kena Buat Dari Sekarang!

“BIAR ANAK MASUK SEKOLAH ASRAMA SEAWAL 13 TAHUN? MUDA SANGAT!”

sekolah asrama

Foto hiasan.

Seorang wanita yang juga seorang ibu berkongsi pandangan tegasnya di platform Thread. Baginya, usia 13 hingga 17 tahun adalah terlalu muda untuk anak-anak berjauhan dari keluarga, apatah lagi tinggal di persekitaran asrama yang mencabar emosi dan mental.

“Saya tak akan benarkan anak keluar rumah sebelum umur 18. Umur 13 hingga 17 bukan masa sesuai untuk tinggal berjauhan dan berdikari. Saya tak kisah kalau orang nak kata SBP boleh bentuk pelajar hebat, saya tetap akan pegang pendirian ini sampai mati,” tegasnya.

Menurut wanita itu, fasa remaja awal adalah waktu paling kritikal untuk anak-anak mendapatkan tunjuk ajar, bimbingan dan membina ‘bonding’ kasih sayang daripada ibu bapa.

Apa yang menarik, dia turut berkongsi bahawa suaminya yang walaupun merupakan bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetap menolak idea menghantar anak mereka ke asrama pada usia muda.

“Ramai kawan saya yang dulu pernah duduk asrama pun, sekarang tak sanggup lepaskan anak duduk asrama. Bukan sebab trauma, tapi sebab mereka faham betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam membentuk emosi dan sahsiah anak pada usia ini,” tulisnya lagi.

BUKAN KE DUDUK ASRAMA ANAK LEBIH BERDIKARI?

sekolah asrama

Foto hiasan AI.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang setuju, ada juga yang melihatnya dari sudut berbeza.

“Saya setuju, walaupun saya dulu budak asrama, anak-anak saya biarlah duduk rumah dulu. Biar cukup kuat mental baru lepas,” netizen.

“Anak saya suka tinggal asrama. Dia jadi lebih berdikari dan matang. Tapi tak semua anak sesuai. Yang manja memang tak boleh survive, ” netizen yang kurang bersetuju.

“Kalau keluarga ramai, tak mampu nak beri perhatian dekat semua anak, asrama kadang-kadang jadi pilihan terbaik. Sekurang-kurangnya suasana belajar lebih terkawal, ” netizen yang kurang bersetuju.

*Ada juga yang menganggap pelajar yang memilih duduk asrama kadangkala ingin ‘lari’ daripada tekanan di rumah. Apa pun pandangan, satu hal yang pasti adalah setiap anak itu berbeza. Penting untuk mak ayah sendiri terapkan nilai apa yang ingin ada pada anak-anak. Buat anda, mahu anak masuk sekolah asrama atau harian sahaja?

Baca juga: Ini Senarai Ranking Sekolah Yang ‘Top’ SPM 2024 Untuk SBP & MRSM, Tahniah Buat Semua!

Sumber:  Threads @nanikoraizayaacob

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×