Ramai yang tak menyangka rutin berkumur setiap pagi boleh memberi kesan sampingan mouthwash yang serius terhadap kesihatan jangka panjang.
Dalam perkongsian di Facebook oleh Masdi Hazli, dia merujuk kepada kajian dari jurnal Nitric Oxide yang menunjukkan bahawa penggunaan mouthwash antiseptik berlebihan boleh mengganggu fungsi otak, meningkatkan tekanan darah serta meningkatkan risiko penyakit kronik.
Baca juga: Nampak Biasa Tapi Air Barli Ini ‘Power’ Untuk Buah Pinggang, Patutlah Nenek Kita Amalkan!
KESAN SAMPINGAN MOUTHWASH

Gambar Masdi Hazli
Bukan sekadar menyegarkan nafas, mouthwash antiseptik sebenarnya boleh menghapuskan bakteria baik dalam mulut. Khususnya, yang bertanggungjawab menghasilkan nitric oxide (NO), sejenis molekul penting untuk sistem badan.
NO memainkan peranan besar dalam:
- Melonggarkan salur darah (menurunkan tekanan darah)
- Meningkatkan oksigen ke otak
- Menyokong sistem hormon dan imun
- Menjaga kesihatan sel otak (neuron)
Apabila penghasilan NO terjejas:
- Tekanan darah meningkat
- Oksigen ke otak berkurangan
- Fungsi saraf mula merosot
- Risiko stroke, nyanyuk dan penyakit jantung meningkat
Apa yang mengejutkan, kesan negatif ini boleh muncul hanya selepas 7 hari menggunakan mouthwash antiseptik dua kali sehari.
Kenapa ini berlaku?
Nitric oxide bukan sebarang molekul. Ia adalah sebahagian daripada sistem utama yang membantu badan kekal sihat secara semula jadi.
Mulut manusia sebenarnya mengandungi bakteria baik yang bertugas menghasilkan NO daripada nitrate semula jadi dalam makanan.
Apabila mouthwash antiseptik digunakan secara berlebihan, ia membunuh bakteria tersebut, sekaligus memutuskan kitaran semula jadi tubuh untuk menghasilkan NO.
Ibarat mematikan suis sistem sokongan kesihatan badan.
Baca juga: AWAS! Bekerja Waktu Malam Boleh ‘Rosakkan’ Badan Secara Perlahan-Lahan Tanpa Sedar
Apa yang boleh anda buat untuk menjaga kebersihan mulut?
Untuk mengurangkan risiko, Masdi Hazli menyarankan beberapa langkah mudah:
- Kurangkan penggunaan mouthwash antiseptik secara harian
- Guna alternatif seperti air garam suam atau mouthwash semula jadi
- Amalkan sayur-sayuran tinggi nitrate seperti bayam, sawi, beetroot
- Elakkan “steril” mulut secara berlebihan – bukan semua bakteria itu jahat
Ramai anggap berkumur hanya sebahagian kecil dari rutin harian. Namun, kajian ini menunjukkan kesannya boleh menyentuh otak, jantung dan kesihatan secara menyeluruh.
Tidak salah ingin nafas segar, tetapi lebih penting untuk mengekalkan keseimbangan semula jadi tubuh. Mulakan langkah kecil hari ini untuk kesihatan besar di masa depan.
Baca juga: Rahsia Orang Lama Rawat PCOS, Dengan 6 Petua Ini Haid Jadi Lancar & Hormon Pun Stabil!
Sumber: Masdi Hazli
FT Image: AI
