Kulit bayi sememangnya sensitif dan mudah mengalami iritasi jika tersalah guna produk. Lagi-lagi bila guna sabun yang terlalu kuat, terus kulit si kecil anda jadi merah-merah dan tak selesa!
Tapi jangan risau, kami dah senaraikan 6 sabun bayi yang lembut, selamat dan dermatologist-approved memang sesuai untuk kulit si manja. Mak-mak wajib tahu ni!
1. Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo

Produk ini memang terkenal dengan formulasi tanpa sabun dan bebas paraben. Diperkaya dengan calendula organik, sabun ini bantu menenangkan kulit bayi sambil membersih secara lembut.
Tak pedihkan mata dan sesuai untuk kegunaan harian dari kepala hingga kaki.
2. Sebamed Baby Wash Extra Soft

Dengan pH 5.5, sabun ni memang direka untuk menyokong lapisan pelindung kulit bayi. Bebas sabun dan alkali, ia membersih secara lembut tanpa mengeringkan.
Ramai ibu suka sebab kulit anak jadi lebih terhidrat dan tak mudah naik ruam.
3. Aveeno Baby Daily Moisture Wash & Shampoo

Kalau si kecil ada kulit sensitif atau mudah kering, sabun ni antara yang paling lembut dan selamat. Mengandungi natural oat extract, ia bantu melembapkan kulit sambil membersih secara menyeluruh tanpa menghilangkan minyak semula jadi.
Tanpa sabun, tanpa paraben, tanpa pewangi berlebihan. Ia memang sesuai untuk bayi baru lahir.
4. Suu Balm Kids Head-To-Toe Wash

Kalau anak ada kulit eczema atau sangat sensitif, Suu Balm adalah pilihan tepat. Sabun ni bebas sabun (soap-free), bebas pewangi tiruan, dan takkan buat kulit anak makin kering.
Ia diperkaya dengan bahan moisturising seperti glycerin dan menthol semula jadi yang bantu kurangkan rasa gatal serta beri keselesaan segera. Teksturnya lembut dan tak pedihkan mata juga. Sesuai sangat untuk bayi dan kanak-kanak yang perlukan penjagaan ekstra semasa mandi.
5. Pigeon Baby Milky Soap

Jenama Pigeon memang dah lama dipercayai ibu bapa di Malaysia dan Jepun. Versi milky soap ni khas untuk kulit bayi yang kering dan sensitif. Ia mengandungi bahan pelembap semula jadi seperti ceramide untuk kekalkan kelembapan kulit bayi selepas mandi.
Bebas pewangi tiruan, paraben dan diuji secara dermatologi tau! Jadi tak risau kalau anak ada eczema ringan atau kulit cepat naik ruam. Teksturnya pun lembut dan senang dibilas.
6. Eucerin Baby Wash & Shampoo

Kalau mak-mak biasa guna produk Eucerin untuk diri sendiri, sekarang boleh guna untuk si kecil juga! Sabun 2-dalam-1 ni hypoallergenic, bebas pewangi, bebas alkohol dan bebas sabun, jadi sangat sesuai untuk bayi baru lahir hingga toddler.
Diformulasi khas untuk kulit bayi yang sangat sensitif dan prone to eczema, dan ia juga diuji serta disyorkan oleh pakar pediatrik. Membersih sambil mengekalkan kelembapan kulit, memang all-in-one!
Jangan tunggu sampai kulit anak makin teruk, jom beralih ke sabun yang lebih mesra kulit hari ini!
Pilih sabun yang lembut, selamat dan disyorkan pakar supaya si manja kekal selesa setiap kali mandi. Dari masalah kulit sensitif, ruam sampai ke eczema, sabun yang betul boleh bagi impak yang besar.
Scroll balik list tadi, pilih yang sesuai, dan terus beli! Kulit si comel pun makin ceria, mak pun tak stres!
