Euforia Bola 2026
Famili

Tular Pelajar Cemerlang Tingkatan 1 Maut Terjatuh Bangunan Asrama & Timbul Dakwaan Arwah Dibuli!

zara qairina

Baru-baru ini, berita kematian pelajar Zara Qairina tular di media sosial, mencetuskan kebimbangan ramai berikutan dakwaan ia berkait dengan isu buli di asrama sekolah.

Pemergian pelajar Tingkatan 1 ini mengundang simpati masyarakat yang mahu kejadian itu disiasat dan keadilan ditegakkan.

Baca juga: “Kami Bukan Perancang Parti!” Cikgu Meluah Di Media Sosial, Dedah Beban Urus ‘Birthday’ Murid

KEMATIAN ZARA QAIRINA DIDAKWA ADA UNSUR BULI

zara qairina

Menerusi perkongsian di laman Facebook Dun Sindumin Sipitang, pelajar berusia 13 tahun itu, Allahyarhamah Zara Qairina, didakwa terjatuh dari tingkat tiga blok penginapan pelajar di SMA Tun Datu Mustafa, Limauan.

“Salam Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah adik Zara Qairina pelajar Tingkatan 1 SMA Tun Datu Mustafa Limauan meninggal akibat terjatuh daripada tingkat 3 Asrama.

“Allahyarhamah adik Zara Qairina berasal daripada Sipitang sebelum ini bersekolah di SK Pantai Sipitang akan dikebumikan di kuburan Tg Ubi daripada Masjid Mesapol,” demikian hantaran tersebut.

Lebih memilukan, wujud dakwaan bahawa kejadian ini mempunyai kaitan dengan perbuatan buli. Halaman Facebook yang sama turut menuntut agar siasatan dijalankan secara telus bagi memastikan keadilan buat arwah.

“Sekiranya benar kematian Allahyarhamah ini disebabkan buli, kita minta supaya semua yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman setimpal atas perbuatan mereka!

“Allahyarhamah adik Zara Qairina antara pelajar yang cemerlang dan aktif dalam aktiviti di Sekolah SK Pantai Sipitang sebelum ini,” tulisnya lagi.

Baca juga: “Itu Sudah Kira Gila!” Datuk Seri Saifuddin Dedah Bayi 3 Bulan Dirog*l & Video Rakaman Dijual!

zara qairina

Lebih memilukan, satu hantaran di TikTok dipercayai milik keluarga Allahyarhamah memuat naik luahan hati penuh emosi, seolah-olah merujuk kepada individu yang pernah menyakiti anaknya.

“Kepada pembenci-pembenci anak saya, mungkin kamu sudah berpuas hati melihat keadaan ini.

“Ingat, selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya juga tidak akan memaafkan kamu. Saya tahu nama-nama mereka yang selalu Zara sebut,” kongsinya.

Video hantaran tersebut turut mendapat lebih seribu tanda suka dan ratusan perkongsian, disertai komen-komen yang rata-rata bersimpati dan berharap agar kes ini tidak dipandang ringan.

“Salam takziah utk kluarga utk peringatan kepada keluarga yang ada anak bersekolah di sekolah yang sama kalau anak mengadu kena buli atau apa apa saja yang tidak normal, jangan ambil tidak peduli atau angap alasan anak kalau sudah jadi macam menyesal pun tidak guna.

“Harap ada keadilan untuk arwah. Jangan kita ambil remeh hal begini, ini bukan normal.

“Mohoh disiasat sebaiknya, sebagai ibu bapa yang ada anak bersekolah walaupun tidak bersekolah tempat yang sama tapi duduk di asrama turut berdukacita dan risau keadaan sebegini,” antara komen yang ditinggalkan.

Jika benar ada unsur buli yang menyebabkan pemergian adik Zara Qairina, masyarakat berharap agar keadilan ditegakkan seadilnya.

Semoga tragedi ini menjadi peringatan kepada semua pihak, terutama institusi pendidikan dan ibu bapa, agar keselamatan dan kesejahteraan anak-anak sentiasa diutamakan.

Baca juga: Angkara Ibu ‘Gelap Mata’, Anak Kesal RM800K Wang Hibah Lebur Begitu Saja Dalam Setahun!

Sumber: Dun Sindumin Sipitang / Marhamah Rosli

FT Image: Dun Sindumin Sipitang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×