Euforia Bola 2026
Famili

Drama Korea S Line Bakal Gegarkan ‘Dunia’ K-Drama Anda, Tengok Di Tonton 16 Julai Ini!

DRAMA KOREA S LINE

Sebuah drama Korea S LINE baharu bakal menggegarkan dunia K-drama dengan gabungan misteri, fantasi dan thriller psikologi yang memukau. Drama ini bakal ditayangkan di  Tonton bermula 16 Julai hingga 1 Ogos 2025, setiap Rabu & Jumaat, jam 10 pagi.

Baca juga: REV Media Group ‘Sapu Bersih’! Raih 7 Trofi Berprestij Termasuk Penerbit Digital Terbaik 2025

DRAMA KOREA S LINE BAKAL GEGARKAN DUNIA K-DRAMA

DRAMA KOREA S LINE

Tiba-tiba, ‘garisan merah’ misteri muncul di ruang udara, menghubungkan individu yang pernah terlibat dalam hubungan seksual. Garisan ini digelar masyarakat sebagai S Line.

Kehadiran fenomena ini menyebabkan pelbagai sisi tersembunyi dan memalukan seseorang mula terdedah secara terbuka. Namun, lebih menggemparkan apabila muncul cermin mata khas di pasaran gelap yang mampu memberi kuasa yang sama kepada sesiapa sahaja.

Hyun-Hob (lakonan Arin), seorang pelajar sekolah menengah, telah boleh melihat S Line sejak lahir. Namun hidupnya berubah apabila dia menyedari kuasanya tidak lagi unik dan lebih ramai mula melihat dunia seperti dirinya.

Han Ji-Wook (Lee Soo-Hyuk), seorang detektif berwajah kacak dan berjiwa bebas, menyiasat misteri di sebalik kewujudan S Line dan siapa yang bertanggungjawab menyebarkan teknologi cermin mata itu.

Manakala Kyu-Jin (Lee Da-Hee), seorang guru sekolah menengah yang menawan, turut terlibat secara tidak langsung dalam misteri ini.

Drama ini mengandungi 6 episod, dengan setiap episod berdurasi sekitar 50 minit dan bakal ditayangkan secara eksklusif di platform Tonton bermula 16 Julai hingga 1 Ogos 2025. Anda boleh menonton setiap episod baharu pada hari Rabu dan Jumaat, jam 10 pagi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×