Selama ini, persepsi umum tentang bentuk tubuh wanita ideal sering dikaitkan dengan ukuran pinggang yang ramping dan pinggul yang lebar, apa yang dikenali sebagai nisbah 0.7.
Namun, kajian terkini oleh saintis dari Universiti Konstanz, Jerman, mencabar kepercayaan tersebut dan membuka perspektif baharu tentang maksud sebenar “badan sempurna“.
Baca juga: 6 Petua Rawat Hati Busuk & Dengki, Warisan Orang Lama Yang Masih Relevan Hari Ini
BENTUK TUBUH WANITA IDEAL BUKAN LAGI ‘SI RAMPING’
Menurut kajian itu, bentuk badan wanita yang melengkung secara semula jadi dari dada ke paha, menyerupai huruf “S”, didapati lebih menarik dan menawan pada pandangan mata manusia berbanding sekadar ukuran nisbah pinggang ke pinggul.
Bentuk yang dikenali sebagai “curvy natural S-shape” ini memberikan gambaran kesihatan, kesuburan dan kekuatan fizikal wanita.
Pinggang ramping bukan lagi tanda wanita menarik
Dulu, orang anggap wanita cantik mesti ada nisbah 0.7 antara pinggang dan pinggul iaitu pinggang kecil, pinggul lebar. Tapi kajian baru tunjuk, nisbah itu cuma nampak cantik pada wanita yang kurus.
Bagi wanita yang berbadan besar, bentuk badan yang berlekuk secara semula jadi itulah yang lebih menarik dan bukan semata-mata ukuran pinggang.
Kajian sains yang ubah perspektif
Dalam kajian tersebut, peserta lelaki dan wanita ditunjukkan pelbagai bentuk tubuh wanita. Di mana, ada yang mengikut nisbah 0.7 dan ada juga yang berbentuk melengkung secara semula jadi.
Hasilnya mengejutkan:
- Wanita bertubuh kecil dengan nisbah 0.7 tetap dianggap menarik.
- Tetapi wanita bertubuh besar yang berlekuk dan melengkung jauh lebih menarik di mata peserta, walaupun nisbah mereka tidak sempurna.
Kesimpulan kajian ini jelas bahawa kecantikan bukan lagi tentang ukuran, tetapi keseimbangan dan bentuk semula jadi tubuh wanita.
Baca juga: Cantik Asli Atau Suntikan? Kenali Ciri Wajah Semula Jadi vs Hasil Prosedur Kosmetik!
Kenapa bentuk “S” dianggap menarik?
Para saintis mengemukakan beberapa alasan logik dan biologi:
- Payudara yang besar menunjukkan potensi menyusu yang lebih baik.
- Tulang belakang melengkung membantu wanita bergerak lebih selesa dan membawa beban ketika hamil.
- Pinggul lebar pula dikaitkan dengan kemudahan proses melahirkan anak.
Dengan kata lain, bentuk badan yang melengkung adalah simbol kekuatan wanita dari segi biologi, bukan sekadar kosmetik.
Kecantikan itu berbeza, bukan satu ukuran
Kecantikan itu subjektif dan berubah mengikut konteks. Dunia kini semakin sedar bahawa definisi “wanita cantik” bukan lagi satu acuan sempit yang dipamerkan oleh media, fesyen atau budaya tertentu. Saintis pun setuju “you don’t need to fit into one measurement to be beautiful.”
Jadi untuk semua wanita, terimalah bentuk tubuh anda dengan yakin. Paling penting, sihat, aktif dan seimbang kerana tubuh anda adalah bukti kekuatan, bukan sekadar angka di pita ukuran.
Baca juga: Jangan Beli & Guna Produk Penjagaan Kulit Ini, KKM Dah ‘Banned’ Ada Racun Bahaya!
Sumber: Daily Mail UK
FT Image: AI

