“Saya rasa bersalah. Macam saya yang jadi punca rumah tangga kami sunyi tanpa anak” – Puan Mazwana
Setiap pasangan yang berkahwin pasti menantikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Namun begitu, kehendak takdir dan perjalanan kehidupan setiap individu itu berbeza. Ada yang dipermudahkan jalannya… ada juga yang diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Kisah Puan Mazwana dan suaminya ini menjadi bukti bahawa kesabaran, kasih sayang dan ikhtiar yang konsisten selama 12 tahun tidaklah sia-sia asalkan kita tidak berputus asa dan terus berusaha.
Bertahun ikhtiar, akhirnya jumpa sinar baru

Mendirikan rumah tangga pada tahun 2008. Fasa awal perkahwinan dengan penuh harapan – namun tahun demi tahun berlalu, tanpa kehadiran cahaya mata.
Lebih memilukan, Puan Mazwana pernah hamil… tapi kandungannya gugur di peringkat awal. Peristiwa itu menjadi luka yang dalam, meninggalkan trauma yang bertahun-tahun dibawa.
“Saya rasa bersalah. Macam saya yang jadi punca rumah tangga kami sunyi tanpa anak. Pada masa itu saya cakap kepada suami, kalau abang rasa nak kahwin lain…tolong jangan senyap-senyap. Saya boleh faham, tapi jangan tipu saya,” luahnya sebak.
Dalam tempoh itu, pasangan ini terus berusaha. Pelbagai cara mereka cuba daripada rawatan moden, kaedah tradisional, amalan rohani, jaga pemakanan sehinggalah mereka mencuba Efferty, salah satu suplemen untuk kesuburan wanita.
Menurut Puan Mazwana dirinya mengamalkan Efferty secara konsisten bukan untuk hamil semata-mata sebaliknya untuk bantu stabilkan hormon.
Tambahnya lagi bila badan rasa lebih seimbang, mental pun lebih kuat.
Apa yang ada dalam Efferty?

Efferty diformulasi khusus untuk wanita yang sedang berikhtiar mendapatkan zuriat (TTC). Antara kandungan utama:
- Myo-Inositol & D-Chiro Inositol: Bantu tingkatkan kualiti ovulasi dan keseimbangan hormon.
- Asid Folik: Penting untuk persediaan awal kehamilan.
- CoQ10 & Vitamin E: Menyokong kesihatan sel telur dan bertindak sebagai antioksidan.
Tanpa gula tambahan dan diluluskan KKM, Efferty selamat diamalkan untuk jangka masa panjang.
Bahkan gabungan bahan-bahan diatas membantu menyokong kesuburan secara semula jadi dan menyeluruh.
Berkat usaha & doa, hadir tangisan kegembiraan.
Dengan izin Allah, dan selepas pelbagai usaha termasuk mengamalkan Efferty, Puan Mazwana akhirnya disahkan hamil sekali lagi.
Kali ini, kandungan sihat dan stabil hingga ke akhir.
“Tangisan pertama anak kami… takkan kami lupa sampai bila-bila. 12 tahun kami tunggu, dan akhirnya Allah hadiahkan. Sekarang bila bergurau dengan suami, pun saya akan kata, abang tak boleh kahwin lain dah. Dah ada anak,” ceritanya.
Buat anda yang masih menanti kehadiran cahaya mata. Teruskan usaha, doa dan ikhtiar. Mungkin Efferty boleh jadi sebahagian daripada perjalanan anda dan pasangan sebagaimana ia membantu Puan Mazwana menemukan sinar setelah bertahun menanti penuh sabar.
