Euforia Bola 2026
Dapur

3 Petua Kuah Ikan Patin Tempoyak Pekat Elok, Barulah Rasa Macam Orang Pahang Masak!

ikan patin masak tempoyak

Bagi penggemar masakan tradisional Pahang, pastinya resipi ikan patin masak tempoyak menjadi antara menu wajib yang dicari. Namun, antara cabaran utama dalam menyediakan hidangan ini adalah memastikan kuahnya tidak terlalu cair.

Itulah yang dialami oleh Hana Ismail pada mulanya, sebelum dia akhirnya menemui cara yang betul dan berjaya menghasilkan kuah yang lebih pekat serta menyelerakan.

Baca juga: Resipi Cheesekut Viral Guna ‘Blender’, Tak Sampai 15 Minit Dah Siap Disimpan Dalam Peti Sejuk!

PETUA PEKATKAN KUAH IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

ikan patin masak tempoyak

Gambar Hana Ismail

Menurut perkongsiannya di Facebook, Hana Ismail mendapat pelbagai petua berguna daripada rakan-rakan dalam satu kumpulan masakan. Di mana, dia kongsikan tiga rahsia utama yang membantu memastikan kuah ikan patin masak tempoyaknya tidak lagi cair.

Saya buat lagi ikan patin masak tempoyak. Kali ini dah tak cair sebab dapat banyak petua dan cara yang betul untuk masak Ikan Patin Tempoyak dari para sahabat dalam group ini. Terima kasih semua!

3 petua kuah Ikan Patin Tempoyak tak cair:

  1. Air jangan banyak sangat, cukup sampai ikan tenggelam.
  2. Tempoyak kena letak lebih baru kuah pekat.
  3. Kuah kena reneh lama sikit dengan api yang kecil baru.

Baca juga: Cara Cepat Lembutkan Daging Beku, Guna 1 Bahan Rahsia Ini Tanpa Perlu Rendam Air Berjam-Jam!

Bahan-bahan:

  • Ikan patin
  • Kunyit hidup
  • Cili padi
  • Tempoyak
  • Garam
  • Asam keping (kalau tempoyak dah cukup masam tak letak pun tak apa)
  • Air (1 1/2 gelas)
  1. Daun kunyit (potong halus)
  2. Tumbuk kunyit hidup dengan cili padi sampai lumat.
  3. Masukkan air dalam periuk, bahan-bahan tumbuk tadi dan sampai mendidih masukkan tempoyak.
  4. Tunggu sampai mendidih masukkan ikan.
  5. Kecilkan api, renehkan kuah dan tunggu sampai ikan masak
  6. Masukkan daun kunyit
  7. Kalau kuah dah pekat, tutup api

Siap!

Baca juga: Nampak Sama Tapi Tak Serupa, Beza Matcha & Green Tea Yang Buat Ramai Terkejut!

Sumber: Hana Ismail

FT Image: Rohaiza Azreen / Fatin Husna

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×