Dalam satu perkongsian yang tular di laman Threads, seorang anak tampil meluahkan rasa kecewa apabila ibunya didakwa gagal mengurus wang hibah berjumlah RM800,000.
Di mana, yang akhirnya habis dalam tempoh setahun tanpa sebarang aset kekal atau pelaburan jangka panjang.
Baca juga: Suami Lupa Dah ‘Drive’ 300KM Baru Tersedar, Alahai…Isterinya Tertinggal Di Stesen Minyak!
RM 800 RIBU WANG HIBAH LEBUR DALAM SETAHUN

Gambar hiasan AI
“Mak aku habiskan 800K dalam setahun (duit hibah). Tak beli tanah, tak buat rumah, tak buat wakaf infaq ke apa… belum pergi haji,” luah anak tersebut dalam nada kesal.
Menurutnya lagi, wanita yang melahirkannya selama ini tidak pernah memegang wang sebanyak itu, menjadi ‘jakun’ dan gagal mengawal nafsu berbelanja.
Walaupun wang tersebut diperoleh secara halal, namun tabiat boros dan keputusan kewangan yang tidak bijak menyebabkan semuanya lebur.
“Emas keluar masuk pajak. Sekarang tinggal berapa puluh K sahaja. Aku tak boleh bayang macam mana resahnya dia bila duit dah habis.”
Duit banyak tapi tiada arah
Anak itu turut menyebut bagaimana ibunya membeli 10 ekor lembu untuk korban, kononnya sebagai sedekah. Namun, dari sudut pandang anak-anak, ia kelihatan lebih kepada mahu tunjuk menyumbang berbanding keikhlasan sebenar.
Selain itu, ibunya turut memberi pinjaman kepada rakan dengan jumlah besar seperti RM50,000 tanpa sebarang hitam putih, yang kini entah ke mana lesapnya.
Bukan kisah terpencil
Apa yang menyedihkan, ramai warga maya berkongsi pengalaman serupa di ruangan komen. Salah seorang berkata:
“800K sikit sahaja. Saya tengok orang belanja 2 juta hasil hibah suami. Renovate dapur, bagi duit pada adik-beradik. Shopping sampai habis. Tak faham.”
Ada juga yang mengadu ayah mereka membelanjakan hampir RM1 juta hasil jualan harta pusaka tanpa meninggalkan apa-apa untuk anak-anak.
“Nak kata bagi anak-anak? Satu sen pun anak-anak tak merasa. Belajar semua pakai loan, ada terpaksa kerja sambil belajar. Sekarang duit dah habis, asyik meratib anak-anak kena bagi duit dekat mak ayah baru berkat.”
Bila duit dah habis, baru nak sedar
Seorang pengguna lain menceritakan bagaimana ibunya berubah sikap selepas jatuh miskin semula.
“I know the feelings. Kena scam pun tak nak dengar nasihat. Doa anak-anak yang teraniaya tiada hijab. Sekarang she has no more. Everything lebur. Baru nak insaf.”
Cerita-cerita ini memberi pengajaran besar bahawa kekayaan sementara tanpa ilmu kewangan hanyalah ilusi. Duit yang banyak bukan jaminan bahagia, lebih-lebih lagi jika tidak tahu mengurus dengan betul.
Baca juga: Jijik & Tak Ada Sivik! Pengunjung Terkejut Dinding Tandas Awam Bau Hanyir, Dicemari Darah Period
Sumber: Threads
FT Image: AI
