Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Kera Hancurkan Kebun Lagi? Cuba 20 Trik Ini Sebelum Tanaman Lesap, Pasti Tak ‘Jejak’ Dah!

CARA HALAU KERA

Cara halau kera dari kebun atau kawasan rumah memerlukan pendekatan yang kreatif dan berkesan, terutamanya jika tinggal berhampiran kawasan hutan.

Gangguan kera bukan sahaja menyebabkan kerosakan tanaman, malah boleh mengancam keselamatan penduduk apabila haiwan ini menjadi agresif, memasuki rumah atau mencuri makanan secara terbuka.

Baca juga: Bella Astilah Sambut Hari Lahir Anak, Syed Saddiq Jadi ‘Superman’ Meriahkan Suasana!

20 CARA HALAU KERA & MONYET, PALING BERKESAN

CARA HALAU KERA

Freepik

Berikut adalah 20 cara halau kera atau monyet dari kebun secara semula jadi, moden dan berkesan, sesuai untuk pekebun:

1. Guna bunyi bising

Cara halau kera yang pertama adalah dengan menggunakan bunyi bising dari tin batu, radio lama atau penggera ultrasonik.

2. Sembur bau busuk atau menyengat

Gunakan bau kuat atau pelik seperti air kencing manusia, cili atau rebusan daun mambu agar kera tidak datang lagi.

3. Patung orang-orang (scarecrow)

Letak patung dengan pakaian lama, ubah lokasi selalu agar kera tidak terbiasa.

4. Cara halau kera – Letak replika ular

Gantung ular plastik realistik di pokok untuk menakutkan kera.

5. Gunakan mercun bola/bunga api

Cara halau kera seterusnya adalah dengan menyalakan mercun semasa waktu kera sering datang, pagi atau petang.

6. Guna anjing pengawal

Anjing yang dilatih boleh menakutkan dan menghalau kera dari kebun.

7. Pasang lampu sensor gerak

Lampu aktif bila ada pergerakan, ganggu kera waktu senja dan subuh.

8. Guna alat semburan automatik

Alat sembur air atau bau menyengat bila kesan pergerakan.

9. Tutup tanaman dengan jaring

Selain itu, gunakan jaring halus sebagai cara halau kera atau monyet kerana lindungi pokok muda dan hasil hampir masak.

10. Pasang pagar elektrik mudah alih

Pagar volt rendah beri kejutan kecil untuk halang pencerobohan.

CARA HALAU KERA

Freepik

11. Kurangkan laluan masuk

Tebas dahan dan tutup akses dari hutan untuk halang laluan kera.

12. Umpan dan halau

Letak buah jauh dari kebun dan halau bila kera datang.

13. Rutin rondaan manusia

Lakukan rondaan pagi dan petang kerana kera takut manusia.

14. Gantung gambar burung helang

Model atau gambar helang beri ilusi ancaman dari udara.

15. Sembur larutan garam dan cili

Sembur sekitar tanaman guna campuran garam dan cili buatan sendiri.

16. Guna alat angin berputar

CD atau wind spinner ganggu kera dengan pantulan cahaya dan bunyi.

17. Guna dron untuk halau

Terbangkan dron semasa serangan untuk ganggu dan halau kera.

18. Pasang sprinkler automatik

Sembur air automatik bila kesan kehadiran kera di kawasan sensitif.

19. Elakkan tanam terlalu dekat hutan

Buat zon penampan dengan pokok berduri atau semak tebal.

20. Berkomuniti dengan jiran kebun

Berkolaborasi pasang sistem kawalan dan kongsi teknik halau kera.

Kera merupakan haiwan liar yang bijak dan cepat menyesuaikan diri, jadi penting untuk menggabungkan beberapa kaedah secara bergilir agar mereka tidak terbiasa.

Baca juga: Putri Qisya Kini Anak Angkat MARA, Bakal Jejaki MRSM Seperti Hasrat Arwah Ibu…

Sumber: Facebook Pertanian Satu Perniagaan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×