Ramai yang masih tercari-cari cara lembutkan daging beku tanpa perlu direbus lama atau tunggu berjam-jam. Sebenarnya, ada tips masak daging cepat empuk yang cukup mudah dan berkesan hanya menggunakan bahan asas di dapur!
Perkongsian dari Instagram @ruangteduh.house ini menunjukkan bagaimana anda boleh guna cuka untuk lembutkan daging. Hasilnya? Bukan saja cepat empuk, tapi juga hilang bau hamis yang biasa melekat pada daging beku.
Baca juga: Nampak Sama Tapi Tak Serupa, Beza Matcha & Green Tea Yang Buat Ramai Terkejut!
CARA LEMBUTKAN DAGING BEKU

Instagram @ruangteduh.house
Anda yang belum tahu boleh cuba tips guna cuka untuk daging beku yang terbukti berhasil, sebagaimana pengalaman saya sendiri.
- Ambil daging beku dari freezer.
- Rendam dalam air biasa dan 3-4 sudu besar cuka makan. Kalau daging sikit, cukup letak cuka 1-2.
- Biarkan 15-30 minit sahaja.
- Tos dan bilas semula sebelum mula masak.
Hasilnya, daging memang cepat empuk, tak liat dan bau pun kurang!
Disebabkan daging saya banyak, itu yang lama sedikit hingga 30 minit dalam rendaman cuka, tapi okay lagi daripada berjam-jam lama.
Cubalah! Memang senang lepas ini bila nak masak daging kunyit atau sup.
Baca juga: Resipi Bunga Nanas Kering Homemade, Lebih Stail Bila Dihias Atas Kek & ‘Dessert’!
Sumber: Instagram @ruangteduh.house
FT Image: Instagram @ruangteduh.house / Sheena Supramaniam
