Euforia Bola 2026
Asuh

Doktor Dedah Bahan Xenoestrogen Dalam Produk Harian, Punca Kanak-Kanak BALIGH AWAL!

baligh awal

Kebanyakan ibu bapa mungkin tidak menyangka bahawa bahan pencuci rumah mengandungi xenoestrogen boleh menjadi punca anak mengalami baligh awal atau precocious puberty.

Menurut pakar nutrisi kanak-kanak, Dr Amalina Mohd Daud, bahan kimia ini telah dikenal pasti dalam pelbagai produk harian dan boleh memberi kesan terhadap perkembangan hormon kanak-kanak.

Baca juga: Realiti Anak Kedua Bukan Bayangan Si Sulung, Bukan Penjaga Si Bongsu, Dia Juga Layak Dihargai

XENOESTROGEN PUNCA KANAK-KANAK BALIGH AWAL

baligh awal

Xenoestrogen ialah bahan kimia sintetik yang menyerupai hormon estrogen semula jadi.

Apabila terdedah dalam kuantiti berlebihan, ia boleh mengganggu sistem endokrin anak dan mempercepatkan kematangan ciri-ciri seksual sekunder. Di mana, yang sepatutnya hanya berlaku sekitar umur 9 ke atas.

Sebaliknya, kes baligh awal kini dilaporkan berlaku seawal usia 7 hingga 8 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan bawah 9 tahun bagi kanak-kanak lelaki.

Antara perubahan fizikal awal yang boleh diperhatikan termasuk:

  • Pertumbuhan payudara
  • Saiz testis menjadi besar (lelaki)
  • Kedatangan haid lebih awal
  • Suara garau (lelaki)
  • Jerawat dan bau badan seperti orang dewasa
  • Peningkatan tinggi badan secara mendadak tapi terbantut di peringkat remaja

Lebih membimbangkan, kanak-kanak yang mengalami baligh terlalu awal juga boleh mengalami kesan psikologi dan sosial.

Hal ini kerana, mereka belum bersedia dari segi emosi, tetapi tubuh mereka berkembang lebih cepat daripada rakan sebaya.

Baca juga: Tak Sangka Bayi Baru Lahir Boleh Kena Jangkitan Herpes! Risikonya Lebih Serius Berbanding Orang Dewasa

Dr Amalina turut memberi amaran bahawa xenoestrogen bukan hanya hadir dalam sabun pencuci, malah turut ditemui dalam:

  • Plastik (seperti bekas makanan dan botol minuman)
  • Racun serangga
  • Kosmetik harian (terutama yang mengandungi paraben, phthalates)
  • Perkakas memasak bersalut kimia tertentu

Malah, beliau turut berkongsi senarai xenoestrogen yang banyak ditemui dalam produk rumah seperti di bawah.

baligh awal

Beliau menyarankan orang ramai agar mula memeriksa label pada produk harian dan memilih bahan alternatif yang lebih mesra hormon dan selamat, terutamanya jika ada anak kecil di rumah.

Kesedaran awal dan tindakan pencegahan sangat penting dalam membendung kes kanak-kanak baligh awal yang kini semakin meningkat di seluruh dunia.

Baca juga: 3 Perkataan Simple Tapi Power Didik Anak Jadi Manusia Berguna, Kena Mula Dari Sekarang!

Sumber: Instagram @amalina_mohd_daud

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×