Euforia Bola 2026
Famili

Pelajar Tingkatan 3 Disyaki Dibaham Buaya, Sebelum Terjatuh Di Sungai Kuantan

dibaham buaya

Tragedi menyayat hati berlaku di Kuantan apabila seorang remaja disyaki dibaham buaya ketika sedang memancing di sungai berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Bandar Indera Mahkota.

Mangsa dikenali sebagai Abi, pelajar Tingkatan 3 yang ketika itu dilaporkan sedang menjalankan aktiviti memancing.

Baca juga: Jijik & Tak Ada Sivik! Pengunjung Terkejut Dinding Tandas Awam Bau Hanyir, Dicemari Darah Period

REMAJA 15 TAHUN DISYAKI DIBAHAM BUAYA SUNGAI KUANTAN

dibaham buaya

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut maklumat awal daripada penduduk setempat yang turut berkongsi rakaman video lokasi kejadian di media sosial sejak malam semalam, buaya dipercayai menyerang secara tiba-tiba dan menyeret mangsa ke dalam air.

Beberapa sumber mendakwa kehadiran reptilia ganas itu mungkin berpunca daripada umpan ayam mentah yang diletakkan dalam pukat oleh nelayan di kawasan sekitar.

Selain itu, seorang pengguna media sosial yang mendakwa sebagai rakan sekelas mangsa memuat naik komen di video tersebut dan menyatakan, “badan dah jumpa tapi tak boleh bawa naik…saya kawan sekelas dia.”

Malah, orang ramai turut dilihat berkumpul di lokasi kejadian yang menantikan perkembangan lanjut.

Baca juga: Cedera Pada Lubang Dubur, Bayi 15 Bulan Maut Dipercayai Didera Ibunya & Teman Lelaki!

Tiada bukti kukuh mangsa dibaham buaya – Pengarah JBPM Pahang

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada pengesahan rasmi bahawa mangsa benar-benar dibaham buaya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim menjelaskan, pasukan SAR masih menjalankan pencarian secara besar-besaran.

“Nasihat saya, setakat ini tiada bukti kukuh terhadap dakwaan melibatkan mangsa dibaham buaya. Jadi, janganlah membuat spekulasi yang mungkin menimbulkan panik kepada penduduk dan hormatilah ahli keluarga,” katanya.

Disebabkan kewujudan buaya di lokasi, operasi menyelamat dan pencarian turut dibantu oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Usaha pencarian diperluas sejauh lima kilometer dari lokasi kejadian.

Operasi SAR hari ini melibatkan lebih 42 anggota dari pelbagai agensi:

  • JBPM Pahang (16 anggota)
  • Polis Diraja Malaysia (9 anggota)
  • Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (10 anggota)
  • PERHILITAN

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan dan unit dron JBPM turut digerakkan bagi mengesan lokasi sebenar mangsa.

Sementara itu, pihak berkuasa menggesa orang awam agar lebih peka terhadap keselamatan diri ketika melakukan aktiviti berhampiran kawasan air, terutama di lokasi yang berisiko tinggi menjadi habitat buaya liar.

DIKEMAS KINI!

Mayat Muhammad Isyraf Danish Razmi, 15, telah ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 12.40 tengah hari tadi, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dikatakan tergelincir.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Remaja itu dilapor lemas di Sungai Kuantan kira-kira 6.30 petang, semalam ketika sedang memancing bersama rakannya. Dia dipercayai turun ke tebing untuk menarik tali pancing yang tersekat sebelum hilang.

Baca juga: Budak 3 Tahun Cedera Betis Kiri, Digigit Anjing German Shepherd Di Puchong!

Sumber: TikTok @myramanja2 / Malaysia Gazette / Harian Metro

FT Image: News Straits Times / Malaysia Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×