Kejadian memalukan yang tular baru-baru ini, melibatkan darah period yang didakwa sengaja dicalit pada dinding tandas awam di sebuah pusat membeli-belah di Seremban telah menarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Alyn di laman Threads, dia memuat naik satu gambar keadaan tandas yang dilihat amat menjijikkan.
Baca juga: Cedera Pada Lubang Dubur, Bayi 15 Bulan Maut Dipercayai Didera Ibunya & Teman Lelaki!
DARAH PERIOD DI DINDING TANDAS AWAM

Gambar @nuralynzki
Gambar itu menunjukkan beberapa kesan calitan berwarna merah pada dinding tandas wanita, yang menurutnya merupakan darah haid.
Alyn dalam perkongsiannya berkata, dia hanya menyedari calitan tersebut selepas menggunakan tandas tersebut.
“Masa masuk tak perasan dekat dinding tapi dalam mangkuk jamban itu ada darah. Dah cuci nak keluar itu baru perasan (kesan di dinding) tapi memang bau hanyir la,” jelasnya.
Perkongsian itu pantas mengundang pelbagai reaksi di kalangan pengguna media sosial. Ramai meluahkan rasa jijik dan marah terhadap individu yang tidak bertanggungjawab berkelakuan sedemikian di tempat awam.
Ada juga pengguna lain yang cuba memberikan sudut pandang berbeza dengan mendakwa ia mungkin kesan kosmetik atau pewarna lain.
Baca juga: Bahaya Chemsex – Guna Dadah Untuk Kepuasan Sek*, Ramai Terjebak Berisiko Terkena HIV
Namun, Alyn menegaskan bahawa ia bukan produk kosmetik kerana bau yang dialaminya sangat kuat dan hanyir, ciri yang sering dikaitkan dengan darah haid.
Perbuatan seperti ini menimbulkan persoalan besar mengenai kesedaran kebersihan dalam kalangan masyarakat, khususnya pengguna tandas awam.
Apatah lagi, darah haid adalah cecair biologi yang memerlukan pengendalian rapi untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan risiko jangkitan.
Orang ramai berharap agar pusat membeli-belah terbabit mengambil tindakan segera dalam membersihkan kawasan tersebut dan menambah baik pemantauan kebersihan.
Tindakan tegas juga disarankan terhadap individu yang dengan sengaja mencemarkan kemudahan awam.
Tandas awam sepatutnya menjadi tempat yang selesa dan bersih untuk semua lapisan masyarakat.
Insiden sebegini menjadi peringatan agar setiap individu lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan tempat awam, tidak kira dalam apa jua keadaan.
Baca juga: Pilihan Sambung Belajar Lepas SPM Bukan Mudah, Tapi Nasihat Ibu Ini Mungkin Buka Mata Anda
Sumber: Threads @nuralynzki
FT Image: @nuralynzki
