Euforia Bola 2026
Kerjaya

Bila Pergi Career Fair, Jangan Hanya Datang Kutip ‘Goodies’, Ini Tips Nak Lekat Kerja!

CAREER FAIR

Lawatan ke career fair atau pameran kerjaya biasanya akan menjadi pilihan aktiviti pelajar dan graduan yang ingin mendapat tempat dalam dunia kerjaya.

Namun sayangnya, ramai yang datang sekadar lalu, ambil goodies dan balik tanpa hasil yang bermakna. Sebenarnya, dengan persediaan yang betul, anda boleh jadikan career fair sebagai satu langkah strategik dalam perjalanan kerjaya.

Baca juga: Jangan Ingat Anak Tak Pandai Akademik Tak Ada Masa Depan, Ini Laluan Untuk Diteroka!

CARA DAPAT KERJA BILA PERGI CAREER FAIR, JANGAN LALU JE

CAREER FAIR

Freepik

Berikut 6 cara mudah untuk maksimumkan lawatan anda ke career fair:

1. Buat kajian awal

Jangan datang kosong! Semak senarai syarikat yang akan menyertai career fair tersebut. Pilih 5–10 syarikat yang anda minat dan buat kajian ringkas seperti:

  • Apakah bidang mereka?
  • Jawatan apa yang biasanya ditawarkan?
  • Apa nilai atau budaya kerja mereka?

Tip: Cari peluang untuk bertanya soalan yang relevan. Ini menunjukkan anda benar-benar berminat.

2. Sediakan resume terkini & profesional

Bawa beberapa salinan resume dan pastikan maklumat terkini, susun atur kemas serta tidak terlalu panjang (1–2 muka surat sudah mencukupi).

Jika anda ada portfolio digital (LinkedIn, GitHub, Behance dan lain-lain), letak pautan dalam resume.

3. Pakaian kemas dan sesuai

Penampilan anda adalah refleksi profesionalisme dan itu merupakan antara perkara pertama yang akan dinilai oleh wakil syarikat.

Walaupun career fair bukan sesi temuduga rasmi, cara anda berpakaian boleh memberi impak besar terhadap tanggapan awal majikan.

4. Banyak berlatih

Sediakan jawapan ringkas untuk soalan seperti:

  • Ceritakan tentang diri anda.
  • Apa yang anda cari dalam kerjaya?
  • Kenapa anda berminat dengan syarikat kami?

Latih diri bercakap dengan yakin dan jangan terlalu bergantung pada skrip.

CAREER FAIR

Freepik

5. Tanya soalan bermakna

Elak soalan umum seperti “Ada jawatan kosong ke?”. Sebaliknya, tanya:

  • “Apakah kualiti calon yang syarikat anda cari?”
  •  “Bagaimana proses pemilihan calon di syarikat anda?”

Ini akan buat anda lebih menonjol di mata majikan.

6. Ambil kontak syarikat

Lepas berbual dengan wakil syarikat, minta kad nama atau ambil gambar QR code LinkedIn mereka. Jangan lupa untuk hantar mesej ringkas beberapa hari kemudian:

“Terima kasih atas perkongsian semasa Career Fair tempoh hari. Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang di syarikat anda…”

Career fair bukan sekadar tempat kutip free gift, ia adalah platform untuk anda ‘menjual diri’ secara profesional. Jika anda ambil peluang ini dengan serius, mungkin inilah titik permulaan kerjaya impian anda!

Baca juga: Kes Rogol Di Sekolah Asrama Lelaki Makin Menjadi-Jadi, Ibu Kecewa Anak Pernah Jadi Mangsa!

Sumber: Extern

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×