Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Petua Tepi Tingkap Bebas Cicak, Guna Campuran Ini Terus Tak Berani Dah Lalu-Lalang!

petua rumah bebas cicak

Masalah kehadiran cicak di dalam rumah memang merimaskan, terutama apabila najisnya kerap ditemui di tingkap atau dinding. Bagi yang sedang mencari petua rumah bebas cicak, perkongsian tular Muna Mohammad dikongsikan semula oleh sebuah page sehingga mendapat lebih 1,300 perkongsian di Facebook.

Jom cuba petua dari Muna Mohammad yang mungkin dapat membantu.

Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman Seram Dapur Kaca Meletup Ketika Memasak, Ikuti 4 Langkah Keselamatan Ini!

PETUA RUMAH BEBAS CICAK DI TINGKAP

petua rumah bebas cicak

Gambar Muna Mohammad

Muna telah berkongsi satu kaedah mudah yang diamalkannya sejak tiga minggu lalu dan terbukti berkesan menghalau cicak daripada berkeliaran di sekitar rumah.

Menurutnya, bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah dan murah, malah mungkin sudah tersedia di dapur rumah anda:

Bahan-Bahan:

  • 1/3 cuka makan
  • 1/3 air
  • 1/3 cecair basuh pinggan (boleh guna jenama murah)

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam satu bekas.
  2. Masukkan campuran ini ke dalam botol semburan (spray).
  3. Sembur pada kawasan yang sering menjadi laluan cicak, terutamanya di tepi tingkap rumah.

Baca juga: Ramai Buat Silap! Ini Cara Bersihkan Sudu Kayu Dengan Betul, Rahsia Tidak Berbau & Berkulat!

Lebih menarik, petua ini bukan sahaja berkesan menghalau cicak, tetapi turut membantu mengurangkan kehadiran semut yang sering melata di kawasan yang sama.

Muna turut berkongsi pengalamannya selepas menggunakan petua ini selama beberapa minggu,

“Sejak 3 minggu amalkan petua ni sekarang tak ada sangat dah tahi cicak kat tingkap. Bolehlah kalian amalkan,” tulisnya.

Petua ini bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga mesra alam dan bebas bahan kimia berbahaya.

Jadi, bagi anda yang mahukan suasana rumah lebih bersih dan selesa tanpa gangguan makhluk perosak kecil seperti cicak dan semut, bolehlah cuba petua ini hari ini juga!

Baca juga: Dulu Seram Tengok Baju Putih Fabrik 100% Cotton Kotor, Sekarang Tak Lagi Bila Guna 1 Bahan ‘Power’ Ini!

Sumber: Muna Mohammad

FT Image: Muna Mohammad / AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×