Bulan Ogos memang sinonim dengan semangat patriotik, dan masa inilah pelbagai jenama tampil dengan promosi menarik sempena sambutan Hari Kebangsaan. Bukan saja meriah dengan bendera, malah diskaun, ganjaran dan baucar pun boleh ditebus. Jimat dan menguntungkan!
Kalau anda sedang mencari peluang untuk beli barang keperluan atau sekadar mahu manjakan diri, inilah masa yang sesuai.
Tapi ingat, promosi macam ni cepat habis kalau lambat.
1. Baucar diskaun Shopee sempena Hari Kebangsaan

Shopee sememangnya tak pernah ketinggalan meraikan Merdeka dengan pelbagai kod baucar istimewa. Dari barangan dapur hinggalah ke alat elektronik, pengguna boleh nikmati diskaun tambahan dengan kod promo terpilih.
Jangan lupa juga claim baucar percuma dalam aplikasi setiap hari.
2. Grab rewards & promosi GrabFood

Grab raikan Merdeka dengan potongan harga yang hebat untuk GrabFood, GrabMart dan GrabPay. Anda cuma perlu semak bahagian “Rewards” dalam aplikasi dan pilih baucar yang sesuai.
Kalau anda pengguna Grab Unlimited, lebih banyak diskaun eksklusif menanti. Jadi kalau dah biasa guna Grab, ini masa yang baik untuk tebus ganjaran lebih.
3. Watsons & Guardian – Diskaun produk kesihatan & kecantikan

Watsons dan Guardian tawarkan promosi hingga 50% untuk produk kesihatan, penjagaan wajah, dan vitamin. Anda juga boleh dapat set kombo eksklusif hanya dalam aplikasi mereka.
Selain itu, anda juga boleh ebus baucar diskaun atau tebus point keahlian untuk penjimatan tambahan. Sesuai untuk restock keperluan rumah sambil berjimat sempena Merdeka.
4. Foodpanda ada juga baucar untuk Dine-In & Pick-Up

Foodpanda bukan hanya untuk delivery, sekarang siap ada promo untuk dine-in dan pick-up tau! Baucar pula boleh didapati dalam aplikasi dan digunakan terus di restoran terpilih.
Promosi ini beri pilihan mudah bagi anda yang nak makan di luar tanpa caj penghantaran. Lebih mudah, cepat dan jimat.
5. Bank dan E-Wallet! Boleh tebus bonus points & cashback

Aplikasi e-wallet seperti TNG, MAE dan Boost ada tawarkan cashback dan ganjaran mata untuk transaksi tertentu. Biasanya hanya perlu bayar seperti biasa sahaja guna e-wallet anda.
Ada juga bank yang beri point ganjaran tambahan sempena Hari Kebangsaan. Tebus untuk barang, voucher atau barangan eksklusif di platform masing-masing.
6. GSC & TGV tawarkan tiket wayang dengan harga istimewa

Sesetengah pawagam seperti GSC atau TGV ada tawarkan harga tiket istimewa atau kombo makanan sempena Merdeka.
Boleh jadi aktiviti santai bersama keluarga atau rakan selepas sambutan Kemerdekaan tu nanti. Jangan lupa claim tau!
Jangan lupa tebus ganjaran istimewa kegemaran anda!
Sempena Merdeka ini, jom raikannya dengan tawaran dan pelbagai ganjaran menarik.Setiap pembelian sepanjang Ogos melayakkan anda untuk tebus hadiah eksklusif yang ada.
Jangan lupa log masuk ke aplikasi atau laman web rasmi untuk semak kod promo dan tarikh sah. Promosi ini hanya berlangsung untuk tempoh terhad.
Jangan tunggu sampai hujung bulan baru nak tebus. Siapa cepat, dia dapat. Jom rebut peluang Merdeka ini untuk berjimat sambil raikan tanah air kita!
