Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Bunga Nanas Kering Homemade, Lebih Stail Bila Dihias Atas Kek & ‘Dessert’!

bunga nanas kering

Bunga nanas kering semakin popular sebagai hiasan comel untuk kek dan pencuci mulut kerana rupa bentuknya yang menarik dan mudah dibuat di rumah.

Jika anda ingin mencuba menghasilkan sendiri bunga nanas kering, berikut adalah langkah-langkah yang dikongsikan oleh Danish agar memudahkan sesiapa sahaja untuk mencubanya.

Baca juga: Cara Buat Serbuk ‘MSG’ Semula Jadi Dari Pokok Chaya, Juga Digelar Pokok Ajinomoto!

BUNGA NANAS KERING HOMEMADE

bunga nanas kering

Gambar: Danish’s Red Kitchen

Disebabkan ada yang tanya macam mana Danish buat bunga nanas kering, Danish letak di sini langkah-langkahnya supaya senangkan semua yang nak cuba.

Bahan dan peralatan diperlukan:

  • 1 biji Nanas (saya guna nanas madu)
  • Baking tray
  • Baking paper
  • Muffin tray

Cara-caranya:

  1. Nanas dibuang kulit dan dibersihkan.
  2. Kemudian hiris senipis yang boleh dan pastikan tidak pecah.
  3. Susun nanas dalam baking tray yang sudah dialas dengan baking paper.
  4. Bakar dalam ketuhar (oven) yang telah dipanaskan pada suhu 120°C selama 30-40 minit, ikut suhu oven masing-masing.
  5. Cukup masa dan kepingan nanas sudah kelihatan agak kering, terbalikkan kesebelah lagi. Bakar lagi hingga sebelah permukaan lagi menjadi agak kering dalam +/- 30 minit lagi dan balik-balikkan untuk sekatakan warnanya.
  6. Keadaan nanas bergantung pada nipis atau tebal mana hirisannya ya. Sentiasa periksa keadaan nanas dalam oven supaya warnanya tak jadi terlampau gelap.
  7. Bila sudah puas hati dengan warna dan tahap kering nanas, keluarkan tray.
  8. Kepingan nanas masih lembab dan lembik waktu ini. Ambil muffin tray, terus susun setiap kepingan nanas ke dalam setiap muffin cup dan bentukkan dia.
  9. Pastikan muffin cup itu lebih kecil dari kepingan nanas supaya nanas tadi melengkung bila di susun dalam muffin cup (ini penting kerana ianya akan membantu nanas tadi terbentuk seperti bunga).
  10. Dan biarkan ianya kering.

Baca juga: Resipi Pavlova Mudah Yang Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam, Bau Telur Pun Tak Ada!

bunga nanas kering

Gambar: Danish’s Red Kitchen

Tips!

  1. Jika tak cukup muffin tray, boleh letak dalam measuring cup besi. Paling penting bekas yang boleh bentukkan bunga nanas itu melengkung.
  2. Bentukkan lengkung bunga tu berbeza saiz sedikit, supaya nanti ada banyak saiz. Boleh lihat seperti yang Danish buat. Jangan biarkan nanas itu flat nanti tak cantik.
  3. Selepas dibakar, ada bahagian masih agak lembab jadi Danish jemur pula dibawah panas terik. Bunga nanas mula kering cantik dan mengeras.
  4. Jika mahu hasil bunga yang cantik, jemur nanas sekering yang boleh dan biarkan ianya dalam muffin tray kerana ini akan bantu kekalkan bentuknya dan tak jadi flat bila susun di atas cake atau cupcake nanti.
  5. Bila bunga dah kering dan terbentuk elok, bolehlah keluarkan dari muffin tray dan jemur tanpa muffin tray kalau nak bunga nanas tu betul-betul kering sebelum digunakan.

Selamat mencuba semua!

Baca juga: Apam Nasi Gebu Warna-Warni, Resipi ‘Lejen’ Mak-Mak Sekali Buat Terus Master!

Sumber: Danish’s Red Kitchen

FT Image: Danish’s Red Kitchen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×