Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan bahawa bantuan tunai di bawah inisiatif BUDI MADANI bagi bulan Jun sudah mula disalurkan bermula 7 Julai 2025.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi kementerian, bantuan berjumlah RM200 itu akan diberikan secara tunai kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan.
BUDI MADANI Kali Ini Sediakan 3 Kategori Bantuan Untuk Rakyat

Foto: Harian Metro
Program ini melibatkan tiga jenis bantuan utama:
1. BUDI MySubsidi Diesel: Untuk sektor pengangkutan darat.
2. BUDI Agri-Komoditi: Menyokong petani dan pekebun kecil.
3. BUDI Individu: Dikhaskan untuk individu pemilik kenderaan diesel persendirian di Semenanjung Malaysia.
Syarat kelayakan BUDI Individu, bagi individu yang ingin memohon bantuan melalui kategori BUDI Individu, beberapa syarat penting telah ditetapkan:
– Pemohon mestilah warganegara Malaysia
– Pendapatan tahunan pemohon atau pasangan tidak melebihi RM100,000
– Mempunyai kenderaan diesel persendirian yang didaftarkan atas nama pemohon
– Kenderaan mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang masih aktif
– Kenderaan tersebut berdaftar dengan nombor MyKad di JPJ
– Kenderaan digunakan di Semenanjung Malaysia
Bayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan dalam sistem BUDI Individu. Jika tiada akaun bank, penerima boleh mengambilnya secara tunai di mana-mana Cawangan BSN.
Siapa Yang Tak Layak?

Foto hiasan.
Terdapat beberapa kategori pemilik kenderaan yang tidak layak menerima bantuan ini, antaranya:
– Motosikal diesel
– Kenderaan yang didaftarkan atas nama syarikat atau pertubuhan
– Kenderaan mewah berusia kurang daripada 10 tahun
– Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing
– Kenderaan khas seperti karavan, motorhome, van dan bas persiaran
Kementerian Kewangan turut memaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhak membuat semakan semula ke atas maklumat pendapatan pemohon. Jika diperlukan, pihak LHDN boleh mengeluarkan notis rasmi di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Baca juga: Guna Perkhidmatan CIMB Bank? Ini Senarai Caj SST 8% Bermula Julai, Jangan Terkejut!
Sumber: Budi MADANI
