Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan detik cemas dan mengalami kesakitan selama kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit di celahan besi penghadang di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Jawi Indah.
Difahamkan, mangsa ketika itu sedang bermain di kawasan berhampiran besi tersebut sebelum insiden berlaku.
Baca juga: Akibat Kecuaian Doktor, Jari Cucu Rosyam Nor Alami Cacat Kekal, “Boleh Tak Saya Nak Saman…”
KEPALA BUDAK 2 TAHUN SANGKUT CELAH BESI PENGHADANG TASKA

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, beliau memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 pagi semalam.
“Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian dan berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut dengan mengeluarkan kepalanya dari celahan besi berkenaan dalam keadaan selamat serta tanpa kecederaan serius,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa operasi yang dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal itu berakhir sepenuhnya pada jam 8.49 pagi dan mangsa kini berada dalam keadaan stabil serta selamat di bawah jagaan penjaganya.
Ibu bapa dan pengasuh dinasihatkan supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak kecil, terutama ketika mereka bermain berhampiran struktur logam atau kawasan yang berisiko, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku
Baca juga: Wajah Anak Fila Amir Jadi Perhatian, Warganet Persoal Tak Sama Macam Ayah, “Itu Kan Ciptaan Allah”
Sumber: Berita Harian
