Kalau sebut apam nasi, terus terbayang kuih yang lembut, gebu dan manis, sedap dimakan panas-panas dengan kelapa parut. Warna-warni apam nasi ini memang jadi kegemaran Lily Yana Anwar, yang sudi berkongsi resipi turun-temurun daripada ibunya sendiri di Facebook.
Resipi ini juga pernah jadi sumber rezeki semasa dirinya berniaga dulu. Paling best, bahan-bahannya mudah dan cara buatnya pun tak renyah. Jom cuba, hasilnya memang puas hati!
Baca juga: Kek Lapis Neopolitan Tiga Rasa, Tiga Warna…Sekali Gigit Susah Nak Berhenti!
RESIPI APAM NASI

Gambar Lily Yana Anwar
Cerita kuih apam nasi saya dan warna ini memang kegemaran saya. Ini adalah resipi apam yang saya guna selama saya berniaga dan resipi ini dari mak saya sendiri.
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung beras
- 2 cawan nasi sejuk
- 2½ cawan air
- 1½ cawan gula (suka lebih manis boleh tambah)
- 1 paket mauripan (yis)
Cara penyediaan:
- Nasi dan gula di blender bersama 1 cawan air
- Kemudian satukan semua bahan bersama lebihan air.
- Perap 1 jam atau sehingga adunan naik.
- Setelah adunan naik boleh warnakan mengikut warna disukai.
- Panaskan pengukus.
- Kukus 15 minit sehingga masak.
- Setelah itu, boleh hidangkan bersama kelapa putih yang digaul sedikit garam.
Baca juga: Resipi Kek Comel ‘Viral’ Ala Pencuci Mulut Bingsu, Sekali Gigit Terus Cair Hati!

Gambar Lily Yana Anwar
Tips:
- Kelapa dikukus sekejap sebelum dihidangkan, membuatkan kuih lebih tahan lama dan tak mudah basi.
- Sapukan acuan sedikit minyak bagi mengelakkan kuih melekat. Pastikan sapu rata terutama pada acuan yang masih baru.
- Elakkan kuih apam berongga adunan, hendaklah digaul rata selepas adunan naik sebelum diletakkan di acuan. Setiap kali nak letak di acuan, gaul rata adunan terlebih dahulu.
Semoga resipi ini dapat membantu.
Baca juga: Petua Cuci Kerang Berlumpur Teruk, 2 Bahan Ini Boleh ‘Muntah’ Segala Isi Perut Yang Kotor!
Sumber: Lily Yana Anwar
FT Image: Lily Yana Anwar
