Euforia Bola 2026
Inspirasi

Aktres Kavita Sidhu Bukti Tiada Batas Usia, Kini Terima PHD Pada Umur 54!

kavita sidhu

Kavita Sidhu, nama yang sinonim dengan dunia seni, peragaan dan perniagaan, sekali lagi membuktikan dirinya sebagai wanita luar biasa. Pada usia 54 tahun, selebriti dan usahawan terkenal ini berjaya meraih Ijazah Kedoktoran daripada Wilmington Metropolitan University, satu pencapaian yang menjadi inspirasi buat ramai wanita.

Bukan sekadar cantik dan berkarisma, Kavita mengangkat martabat wanita dengan membuktikan bahawa menimba ilmu tiada had usia.

Baca juga: Biodata Syed Saddiq: Pendebat Terbaik Asia & Ahli Politik Muda Berkaliber!

KAVITA SIDHU BERJAYA RAID PHD DI USIA 54

kavita sidhu

Instagram: Kavita Sidhu bersama suami Roberto Guya.

Apa yang lebih membanggakan, kejayaan ini selaras dengan legasi keluarga terpelajar yang ditinggalkan mendiang bapanya, Profesor Datuk Dr. Joginder Singh Budh Singh yang merupakan tokoh akademik dan bekas pensyarah radiologi yang dihormati.

Ibunya juga seorang doktor dan tidak hairanlah semangat menuntut ilmu itu begitu sebati dalam diri Kavita.

Menerusi perkongsian di Instagram, Kavita mengungkap rasa syukur dan rendah diri atas anugerah istimewa itu.

“Masih berasa sangat rendah diri dan bersyukur selepas menerima Ijazah Kedoktoran saya semalam.”

kavita sidhu

Instagram Kavita Sidhu

Beliau berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi penghormatan serta sokongan, termasuk suami tercinta, Roberto Guya, yang hadir bersama menyaksikan detik penuh makna tersebut.

“Hari yang benar-benar istimewa. Terima kasih dari hati kepada Prof. Dr. Nagarajah Lee dan Prof. Dato’ Haji Nasaruddin Ghani atas penghormatan yang luar biasa ini.”

Malah, kejayaan itu diraikan di Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, lokasi yang cukup simbolik dengan perjuangan akademik bapanya suatu ketika dahulu.

“Berbangga menjadi antara penerima dan graduan Wilmington MU yang terkenal, diraikan di Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya yang bersejarah.”

Bahkan ramai rakan selebriti, kenalan dan peminat turut membanjiri ruangan komen media sosialnya dengan ucapan tahniah, menzahirkan rasa bangga atas pencapaian tersebut.

Semangat Kavita Sidhu menjadi bukti bahawa wanita mampu melakar kejayaan dalam pelbagai bidang seperti dirinya dari pentas peragaan, layar perak hingga ke dunia akademik, asalkan ada usaha dan iltizam.

Baca juga: Tengku Norhanis Melihat Guna Satu Mata Raih 4 Flat, Calon CBK STPM 2024 Terbaik Kelantan

keluarga kavita sidhu

Instagram: Kavita Sidhu bersama mendiang bapanya Profesor Datuk Dr. Joginder Singh Budh Singh

Mendiang bapa Kavita merupakan pensyarah radiologi di Universiti Malaya. Tokoh akademik kelahiran Taiping, Perak ini antara individu yang bertanggungjawab mewujudkan Jabatan Pengimejan di Hospital Pantai pada 1985.

Mendiang meninggalkan seorang balu Datin Dr. Prabhavathi, tiga orang anak iaitu Sushil Singh Sidhu, Dr Jagdish Singh Sidhu dan Kavita Sidhu serta tiga orang cucu.

Semoga kisah inspirasi ini terus menyuntik semangat kepada lebih ramai wanita untuk mengejar impian, tanpa mengira usia atau cabaran. Ilmu itu cahaya, dan Kavita Sidhu membuktikan sinarnya kekal menyala sepanjang hayat.

Baca juga: Lelaki OKU Penglihatan Rancang Percutian Sendiri, Rakam Bunyi Alam Untuk ‘Melihat’ Buat Ramai Kagum!

Sumber: Instagram Kavitha Sidhu

FT Image: Instagram Kavitha Sidhu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×