Euforia Bola 2026
Famili

JKM Melaka Cari Waris Bayi Perempuan Ditinggal Di Taska, Dah 3 Bulan Berlalu Tiada Siapa Datang Ambil

ibu kandung

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka kini sedang giat mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri.

Perbuatan ini dipercayai berlaku di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Semabok, Melaka.

Baca juga: SST 8% Mula 1 Julai, Ramai Bujang Dah ‘Panas Punggung’ Kos Kahwin Naik Harga!

JKM MELAKA GIAT MENGESAN IBU KANDUNG BAYI DITINGGALKAN

ibu kandung

JKM Melaka mencari waris bayi perempuan yang ditinggalkan di taska.

Menerusi kenyataan rasmi, JKM memaklumkan bahawa bayi yang ketika itu dianggarkan berusia sekitar tiga hingga empat bulan telah dihantar ke taska berkenaan oleh sepasang lelaki dan wanita pada 17 Mac lalu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), individu terbabit dianggarkan berusia lingkungan 40-an dan berpakaian biru serta merah pada hari kejadian.

Namun begitu, tiada waris yang tampil untuk mengambil bayi tersebut sejak 19 Mac, menjadikan bayi berkenaan yang kini dikenali sebagai Arisa, secara rasmi di bawah jagaan JKM.

Baca juga: Rezeki Lepasan STPM! KPM Tawar 300 Biasiswa Jadi Guru Di Universiti Awam

“Bayi perempuan itu dihantar ke taska tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan waris tidak mengambilnya bermula 19 Mac lalu.

“Setakat ini, bayi berkenaan diletakkan di bawah jagaan JKM dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sehubungan itu, JKM Melaka menyeru ibu kandung atau mana-mana waris yang mengenali atau mempunyai hubungan dengan bayi berkenaan supaya segera menghubungi Pelindung Kanak-kanak atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah.

Di mana, orang ramai boleh berbuat demikian di talian 06-3333333 bagi membantu proses kebajikan dan penjagaan bayi tersebut.

Baca juga: Ramai Tersentuh Tengok Tangisan Si Kecil Ini, Sebut Arwah “Mama, Papa…” Di Majlis Kahwin!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×