Lepas 1 Julai 2025, pasangan yang nak mendirikan rumah tangga mungkin kena fikir dua kali. Bukan sebab tak cinta, tapi sebab kos kahwin makin naik gara-gara SST 8 peratus yang akan dikuatkuasakan ke atas pelbagai perkhidmatan termasuk sewaan dewan, pakaian pengantin, servis fotografi dan banyak lagi.
Dalam satu hantaran tular di TikTok, Mashitah Sedik berkongsi realiti baru yang bakal dihadapi bakal pengantin. Katanya, bajet majlis perkahwinan RM10,000 kini perlu ditambah jadi RM10,800. Beza RM800 itu dah cukup untuk bayar jurusolek atau juruvideo!
Baca juga: Tengku Norhanis Melihat Guna Satu Mata Raih 4 Flat, Calon CBK STPM 2024 Terbaik Kelantan
MUNGKIN AKAN RAMAI BUJANG GARA-GARA SST 8 PERATUS

TikTok @ringgitzz
Perkongsian tersebut pantas mencetuskan pelbagai reaksi warga maya. Ada yang mula berkira-kira untuk tukar konsep kepada perkahwinan intimate dan ada juga yang terus cadang kahwin di pejabat agama saja. Janji sah, tak perlu gah!
“Memang ramailah bujang lepas ini, sebab apa? Perluasan skop cukai perkhidmatan berkuatkuasa 1 Julai nanti bagi siapa-siapa yang nak kahwin selepas ini perlu sediakan extra 8% disebabkan oleh SST.
“Nak sewa baju, dewan dan apa-apa sahaja yang melibatkan perkahwinan perlu bayar extra 8%.
“Contohnya, kalau dulu bajet anda dalam RM10,000 jadi sekarang kena ada RM10,800. Ya, RM800 tu saya boleh bayar MUA, saya boleh bayar juruvideo ke jurugambar.
“Benda ini bukan saya reka. Anda boleh tengok sendiri dekat Ministry of Finance atau pun PWC,” ujar Mashitah Sedik di dalam hantaran TikTok videonya.
Tambahnya lagi di kapsyen,
“Kahwin sekarang pun dah cukup mahal, lepas 1 Julai lagi rabak. Jangan cakap aku tak payung info ini. Sumber PWC, Landco dan MOF.”
Baca juga: Ramai Tersentuh Tengok Tangisan Si Kecil Ini, Sebut Arwah “Mama, Papa…” Di Majlis Kahwin!

TikTok @ringgitzz
Disebabkan pendedahan tersebut, kebanyakan warga maya di ruangan komen memberikan pandangan mereka untuk mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan “intimate”.
Konsep perkahwinan intimate adalah majlis perkahwinan yang berskala kecil dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta sahabat handai sahaja. Ia menekankan keintiman, kesakralan dan pengalaman yang lebih peribadi berbanding perkahwinan besar yang mengundang ramai tetamu.
Selain itu, ada juga warga maya yang menyuarakan idea berbeza dengan menyatakan,
“Rasanya kahwin di pejabat agama sahajalah kalau macam itu. Beli baju yang dah siap. Bajet sekitar RM300 di TikTok. Kemudian pergi akad nikah, dah siap. Nasi buat bungkus terus bagi jiran-jiran terdekat untuk maklumkan dah kahwin.
“Kahwin ikut cara islam mudah. Ikut adat memang makan modal. Kahwin ini cukup sekadar orang tahu sahaja. Tak perlu pun majlis mewah. Ikut poket sahaja senang,” antara komen yang ditinggalkan.
Baca juga: Dua Hati Satu Bilik Air, Ini 6 Sebab Suami Isteri PERLU Mandi Bersama Sekali-Sekala!
Sumber: TikTok @ringgitz
FT Image: AI
