Euforia Bola 2026
Didik

Ramai Pelajar Skor 4.00! Keputusan STPM 2024 Cipta Rekod TERTINGGI, Paling Hebat Dalam Sejarah

stpm 2024

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, STPM 2024 mencatatkan sejarah baharu dalam pencapaian akademik negara!

Ini apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) nasional meningkat kepada 2.85 iaitu markah yang tertinggi pernah direkodkan sejak peperiksaan ini diperkenalkan.

Baca juga: Detik Penentu! Keputusan STPM 2024 Diumumkan 24 Jun, Ini Dua Cara Buat Semakan

KEPUTUSAN STPM 2024 REKOD CGPA PALING TINGGI DALAM SEJARAH!

stpm 2024

Foto hiasan.

Menurut laporan The Star, peningkatan ini menjadi petunjuk positif terhadap mutu pendidikan prauniversiti di Malaysia, sekali gus memberi sinar harapan kepada pelajar yang bakal melangkah ke institusi pengajian tinggi.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Datuk Dr Md Amin Md Taff, berkata pencapaian ini merupakan PNGK nasional tertinggi yang pernah dicatatkan sejak STPM diperkenalkan.

Beliau turut memaklumkan bahawa seramai 1,266 calon (3.06%) memperoleh PNGK maksimum 4.00, meningkat berbanding 1,116 calon pada tahun 2023. Secara keseluruhan, seramai 41,434 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2024 bagi ketiga-tiga semester.

Kepada calon peperiksaan yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh berbuat demikian secara dalam talian dengan bayaran RM50.00 bagi setiap kertas. Keputusan semakan semula akan dikeluarkan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan.

stpm 2024

Permohonan boleh dibuat melalui pautan: https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/

TAHNIAH DIUCAPKAN DAN SELAMAT MAJU JAYA!

Baca juga: 7 Kelebihan Tingkatan 6 Yang Boleh Jadi Jalan Pintas Masuk Universiti, Jangan Pandang ‘Rendah’!

Sumber: Foto (The Star),  The Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×