Jari cucu Rosyam Nor mengalami kecacatan kekal akibat rawatan kecuaian selepas terkena air panas. Kisah menyedihkan ini dikongsikan sendiri oleh beliau dalam sebuah podcast di saluran YouTube Suhan Channel.
Pelakon dan penerbit terkenal tanah air itu meluahkan rasa kecewa dan terkilan terhadap kecuaian rawatan yang didakwa berlaku di sebuah hospital swasta sehingga menyebabkan cucunya mengalami kecacatan kekal pada tangan.
Baca juga: Kecoh Menu Pastri Di Suka Dessert Tak Halal, Auntie Ja Akui Kesilapan Sendiri Sebab Kurang Peka..
JARI CUCU ROSYAM NOR ALAMI CACAT KEKAL KERANA KECUAIAN DOKTOR

Menurutnya, rawatan awal yang diberikan oleh doktor menyebabkan cucu Rosyam terpaksa menjalani tiga kali pembedahan.
Namun keadaan semakin serius pabila ketiga-tiga jari yang melecur dibalut serentak, sehingga mengakibatkan jari-jari tersebut melekat antara satu sama lain secara kekal.
Rosyam turut mendedahkan bahawa kesan psikologi turut menghantui cucunya hingga ke hari ini. Kanak-kanak berkenaan kini dikatakan sering menyembunyikan tangannya ketika bercakap dengan orang kerana rasa malu dan hilang keyakinan diri.
“Cucu saya nombor dua, air tumpah, tiga jari kena air panas. Masuk satu hospital swasta. Bangangnya doktor ini, dia balut tiga-tiga sekali jari cucu saya
“Tiga kali pembedahan sampai cucu saya kata dia tak nak mati. Akhirnya apa jadi? Jari cucu saya melekat sampai sekarang. Yang kau pergi balut tiga-tiga kenapa? Sekarang cucu saya dah cacat. Walaupun benda ini dah lama, boleh tak kalau saya nak saman dia sekarang,” luah Rosyam menerusi podcast berkenaan.
Panel jemputan, Dr. Muhammad Azrai, menjelaskan bahawa Rosyam boleh mengambil tindakan undang-undang walaupun kejadian itu sudah lama berlaku.
“Terpulang pada abang, kalau rasa tak puas hati teruskan buat aduan dan kemudian mereka akan membawa isu ini ke saluran yang seterusnya,” ujarnya pendek.
Baca juga: Ibu Ayah Dera Anak Kandung Sampai Berbirat Satu Badan, Rotan Kerana Terlalu Nakal!
Sumber: TikTok Suhan Channel Official
