Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak mereka, terutama dari segi keselamatan dan penjagaan harian. Tips keselamatan tidur bayi adalah antara perkara penting yang perlu diberi perhatian, kerana ia mampu mencegah risiko seperti Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS) yang sering berlaku tanpa disangka.
Kejadian menyayat hati di Melaka baru-baru ini, menjadi peringatan bahawa persekitaran tidur yang tidak selamat boleh membawa padah.
TIPS KESELAMATAN TIDUR BAYI
Melalui perkongsian Public Health Malaysia (PHM), di mana berlakunya satu insiden menyayat hati di Melaka melibatkan kematian bayi akibat lemas dalam tidur dan seorang bapa yang rebah terkena serangan jantung.
Tragedi ini mengingatkan kita betapa pentingnya langkah pencegahan dan penjagaan yang betul ketika bayi sedang tidur.
Menurut statistik, 96% kes SIDS berlaku semasa bayi sedang tidur dan lebih separuh daripadanya berlaku apabila bayi tidur bersama orang dewasa di atas katil, tilam atau sofa. Oleh itu, sangat penting untuk ibu bapa dan penjaga memastikan persekitaran tidur bayi benar-benar selamat.
Baca juga: 3 Perkataan Simple Tapi Power Didik Anak Jadi Manusia Berguna, Kena Mula Dari Sekarang!
Baca juga: Anak Lelaki ‘Diratukan’ Potensi Alami Masalah Psikologi, Dewasa Nanti Beban Pada Orang Lain!
Berikut adalah beberapa langkah keselamatan yang disarankan:
- Gunakan tilam rata dan kukuh tanpa bantal, selimut tebal atau mainan lembut.
- Tidurkan bayi dalam posisi terlentang, bukan meniarap atau mengiring.
- Jangan tidur bersama bayi di atas katil, sofa atau tilam kongsi.
- Elakkan penggunaan buaian tradisional dan elakkan meletakkan topi atau penutup kepala ketika tidur.
- Pastikan bayi berpakaian nipis dan selesa, sesuai dengan suhu bilik.
- Letakkan bayi di tempat tidur asing, tetapi masih dalam bilik yang sama dengan ibu bapa.
Kerana kasih sayang bukan sekadar pelukan, ia juga perlindungan. Pastikan tidur bayi anda bukan hanya lena, tapi juga selamat.

Semoga setiap ibu bapa lebih peka terhadap amalan tidur bayi yang selamat demi kesejahteraan dan nyawa anak-anak tersayang.
Baca juga: “Eh, Bayi Ini Asyik Renung Muka Aku Je…” Bukan Sebab Si Comel Rasa Anda Lawa, Rupa-Rupanya…
Sumber: Public Health Malaysia (PHM)
FT Image: AI

