Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Suami Isteri Nak Tambah ‘Mood’ Di Bilik Tidur? Pasang Lagu-Lagu Romantik Ini Dulu

lagu romantik

Salah satu cara untuk mencipta momen yang lebih bermakna bersama pasangan adalah dengan memasang lagu romantik. Pemilihan lagu yang tepat bukan sahaja membantu menenangkan fikiran, tetapi juga mampu membangkitkan rasa cinta dalam diri pasangan.

Daripada melodi yang menyentuh jiwa hingga irama sensual menggoda, berikut adalah senarai lagu romantik sesuai dipasang ketika bersama pasangan halal anda.

Baca juga: 36.6% Wanita Perlukan Rangsangan Klitoris, Hubungan Intim Macam ‘Gunting’ Ini Memberi Lebih Kepuasan

SENARAI LAGU ROMANTIK SESUAI PASANG KETIKA HUBUNGAN INTIM

LAGU ROMANTIK

Freepik

Lagu romantik untuk versi English:

1. John Legend – All of Me

All of Me adalah lagu cinta sejati yang meraikan setiap sisi pasangan baik kelemahan mahupun kekuatan. Dinyanyikan dengan emosi yang tulus, lagu ini membawa mesej kesetiaan, penerimaan, dan cinta tanpa syarat. Sangat sesuai dimainkan untuk mencipta suasana yang penuh penghargaan dan pengorbanan.

2. Miguel – Adorn

Lagu romantik seterusnya yang boleh dipasang ketika bersama pasangan adalah Adorn nyanyian Miguel. Lagu ini menyerlahkan rasa romantik dalam bentuk pujian fizikal dan emosi, menjadikannya sesuai untuk momen hubungan intim yang disulami dengan cinta.

3. Lagu romantik – Daniel Caesar – Best Part (feat. H.E.R.)

Lagu duet ini menjadi kegemaran ramai kerana kesederhanaan dan ketulusannya. Dengan petikan gitar yang lembut dan suara Daniel Caesar serta H.E.R., lagu ini terasa seperti bisikan cinta yang paling jujur.

Lirik lagu ini membuatkan ia sangat sesuai untuk momen yang tenang dan bermakna.

4. Cardi B ft. Bruno Mars – “Please Me”

Lagu ini membawa mood flirty, sensual, dan menggoda secara terang-terangan. Dengan gabungan vokal menggoda dari Cardi B dan suara soul Bruno Mars, “Please Me” menghidupkan suasana keintiman fizikal yang penuh keinginan.

LAGU ROMANTIK

Freepik

Lagu romantik versi bahasa Melayu:

1. Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip

Lagu ini merupakan sebuah balada cinta yang sangat menyentuh dan ikonik. Dengan vokal penuh emosi dari Hafiz Suip, “Kisah Cinta Kita” mengangkat tema cinta sejati yang berpanjangan walau diuji masa dan keadaan.

2. Sesungguhnya Aku – Alif Satar

Lagu Vokal Alif Satar yang lembut dan penuh perasaan memberikan kekuatan pada lirik yang menggambarkan penyesalan, kesungguhan, dan keikhlasan mencintai. Sesuai untuk dimainkan dalam suasana tenang saat dua hati sedang bersama menjalin cinta.

3. Sampai Ke Hari Tua – Aizat Amdan

Lagu romantik selanjutnya adalah Sampai Ke Hari Tua nyanyian Aizat Amdan. Dengan susunan muzik akustik, Aizat menyampaikan mesej cinta yangmenekankan kesetiaan dan perjalanan hidup suka duka bersama.

4. Terukir Di Bintang – Yuna 

Lagu romantik terakhir sekali adalah nyanyian Yuna berjudul Terukir Di Bintang sesuai dipasang ketika bersama untuk saling menghargai satu sama lain.

Lagu romantik dalam senarai ini bukan sekadar latar bunyi, tetapi pelengkap emosi yang boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Baca juga: Selepas 4 Bulan ‘Menyemai’ Bahtera Perkahwinan, Isteri Fikry Ibrahim Fail Permohonan Cerai?

Sumber: Klik Dokter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×