Resepi kuih keria keledek kali ini sedikit berbeza dari yang biasa kerana menggunakan keledek ungu yang pastinya mampu menarik minat orang ramai.
Kuih keria keledek ungu sesuai untuk sajian minum petang atau sebagai kudapan istimewa di rumah. Jom cuba buat sendiri kuih gebu, rangup dan manis ini!
Baca juga: Resepi Roti Paratha Daging Untuk Minum Petang, Inti Padat & Kulit Rangup Memang Sedap!
RESEPI KUIH KERIA KELEDEK UNGU, LEBIH SEDAP

Bahan-bahan kuih keria keledek:
- 500 gram keledek ungu
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir + 3 sudu besar air
- Gula (untuk sira)
Resepi kuih keria keledek:
1. Rebus keledek hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Ketepikan.
2. Kemudian, masukkan tepung gandum ke dalam keledek dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
3. Timbang doh seberat 40 gram dan bentukkan seperti donut. Buat lubang di tengahnya.
5. Goreng dalam minyak yang cukup banyak (deep fry) dengan api sederhana panas sehingga perang keemasan.
6. Salutan gula pula, masak air dan gula hingga pekat.
7. Setelah pekat, masukkan kuih keria keledek yang telah digoreng ke dalam larutan gula tadi.
8. Kacau sehingga gula menjadi bertali.
9. Tutup api dan teruskan mengacau sehingga gula mengering dan menyaluti kuih sepenuhnya.
Sedia untuk dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga.
Baca juga: Resepi Telur Tumis Bawang Pedas, Menu Sebelum Dapat Gaji Paling Onz!
Sumber: Zuraita Mohd Anua
