Euforia Bola 2026
Percutian

Senarai Ubat Penting Untuk Anak Bila Bercuti: Ibu Ayah Kena Ready Supaya Tak Panik & Jimat!

ubat anak pergi bercuti

Musim cuti sekolah atau hujung minggu panjang, ramai ibu ayah ambil peluang bawa anak bercuti. Tapi dalam seronok merancang lokasi percutian dan baju matching sekeluarga, satu perkara yang sering terlepas pandang adalah persediaan ubat anak pergi bercuti.

Kalau anak jatuh sakit semasa bercuti, memang boleh ‘spoil’ mood satu keluarga lebih-lebih lagi kalau kena cari klinik di kawasan asing, tengah malam pula! Sebab itulah penting untuk ibu ayah sediakan kit ubat asas khas untuk anak-anak setiap kali keluar bercuti.

Baca juga: Insiden Pelancong Diserang Harimau Di Thailand, Rakyat Malaysia Diingatkan Hati-Hati Bergambar!

CHECKLIST UBAT ANAK PERGI BERCUTI, BARULAH TAK KALUT!

ubat anak pergi bercuti

Foto: freepik

Berikut antara ubat yang perlu ada dalam beg percutian anda:

1. Ubat Demam (Paracetamol / Ibuprofen)

Bawa ubat demam dalam bentuk syrup dan suppository (yang masuk ikut dubur), terutamanya untuk anak kecil yang susah nak telan ubat.

2. Ubat Selesema & Batuk 

Cuaca sejuk di tempat percutian, tidur dalam bilik berhawa dingin atau banyak makan ais, semua ini boleh buat anak selsema. Sediakan ubat antihistamin atau ubat batuk yang sesuai dengan umur anak.

3. Ubat Cirit-Birit/Sakit Perut

Ubat seperti oral rehydration salts (ORS), ubat tahan cirit (ikut nasihat doktor), minyak telon atau minyak angin kanak-kanak boleh bantu redakan masalah ini.

4. Losyen/Krim Gatal & Gigitan Serangga

Kalau bercuti ke kawasan pantai, hutan atau kawasan kampung, gigitan nyamuk dan serangga adalah risiko biasa. Bawa krim antihistamin, calamine lotion atau minyak gamat untuk melegakan gatal dan bengkak.

5. Termometer Digital

Walaupun bukan ubat, termometer sangat penting untuk pantau suhu anak bila rasa badan mereka panas. Jangan bergantung pada rasa tapak tangan saja.

6. Ubat Luka & Pembalut Ringkas (First Aid Kit)

Anak aktif dan suka berlari sana sini? Sediakan antiseptik, kapas, plaster, dan bandage untuk luka-luka ringan.

7. Ubat Spesifik Anak (Kalau Ada)

Kalau anak ada masalah kesihatan seperti asthma, eczema, alahan atau ubat doktor tertentu jangan lupa bawa ubat rutin mereka.

#Tips Tambahan:

– Labelkan semua ubat.

– Simpan dalam bekas khas atau beg ziplock kalis air.

– Pastikan ubat tidak melebihi tarikh luput.

– Bawa preskripsi asal jika ke luar negara.

ubat anak ketika bercuti

Foto: freepik

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik. Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Baca juga: 10 Hotel Mesra Bajet Bawah RM100 Seluruh Malaysia, Bercuti Satu Keluarga Tanpa Poket Kering!

Sumber: HealthyChildren.org

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×