Nak bina rumah bukan semudah beli rumah siap, lebih-lebih lagi mahligai itu didirikan di atas tanah sendiri. Tips bina rumah atas tanah sendiri perlu difahami sejak awal supaya setiap langkah berjalan lancar, ikut undang-undang dan selamat didiami.
Elak kerugian, elak tekanan. Jom semak 8 langkah penting sebelum anda mula bina rumah impian!
Baca juga: Pakar Dedah Taktik Scammer Akses Data Telefon, Hanya Guna Jemputan Kahwin Palsu
TIPS BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Gambar penulis.
1. Sediakan bajet untuk pembinaan rumah
Sebelum bina rumah, kira dulu kemampuan kewangan anda.
Cara mudah:
- Ambil gaji bulanan
- Tolak semua komitmen tetap (hutang, bil dan sebagainya)
- Baki itulah anggaran bayaran bulanan pinjaman rumah yang anda mampu
Pastikan masih cukup duit untuk:
- Makan & belanja harian
- Simpanan kecemasan
- Hidup selesa tanpa terlalu tertekan
Faktor utama yang mempengaruhi kos bina rumah:
- Saiz rumah
- Kualiti bahan binaan
- Reka bentuk & struktur rumah
2. Semak Hak Milik & Status Tanah
Pastikan tanah:
- Kukuh bukan kawasan banjir atau tanah runtuh
- Dalam geran, berstatus ‘bangunan’ dan atas nama anda
Ikut Seksyen 116 Kanun Tanah Negara, hanya tanah berstatus ‘bangunan’ boleh terus dibina rumah.
Kalau tanah kategori ‘pertanian’?
- Kena mohon tukar kepada ‘bangunan’ di pejabat tanah atau majlis daerah.
- Tanya bank dulu sebab kebanyakan hanya luluskan pinjaman untuk tanah ‘bangunan’.
3. Lantik pasukan yang bertauliah
Nak bina rumah sendiri, tak boleh buatseorang dan perlu lantik pasukan yang betul:
Siapa yang anda perlukan?
- Arkitek – reka bentuk rumah & sahkan keselamatan binaan
- Juru ukur – ukur tanah & sempadan dengan tepat
- Kontraktor – bina rumah ikut pelan & bajet
- Peguam – urus kontrak antara anda dan kontraktor
Tugas kontraktor & arkitek:
- Reka pelan ikut bajet, kualiti dan masa siap yang dipersetujui
- Hantar pelan rumah ke pihak berkuasa untuk dapat kelulusan permit bina rumah
- Bila rumah siap, arkitek akan keluarkan Certificate of Completion and Compliance (CCC) – bukti rumah selamat untuk diduduki
Peranan juru ukur:
- Ukur sempadan & keluasan tanah
- Pastikan semua ikut pelan sebenar
Nota penting:
- Hanya lantik profesional yang berdaftar & bertauliah
- Dapatkan senarai arkitek berdaftar dengan JKR
- Ambil kira masa menunggu kelulusan dari pihak berkuasa
4. Sediakan perjanjian bina rumah
Nak bina rumah, kena ada pasukan bertauliah:
Siapa yang perlu?
- Arkitek – reka & sahkan pelan rumah
- Kontraktor – bina rumah ikut bajet
- Juru ukur – ukur tanah & sempadan
- Peguam – sediakan perjanjian sah
Tugas penting:
- Hantar pelan ke pihak berkuasa untuk permit
- Arkitek keluarkan CCC bila rumah siap
- Juru ukur pastikan semua ikut pelan asal
Penting:
- Lantik hanya yang berdaftar & sah
- Semak kelulusan mereka
- Ambil kira masa tunggu kelulusan pelan
Baca juga: Macam Dalam Siri CSI, Ini 7 Cara Forensik Kenal Pasti Mayat Tanpa Wajah!

Gambar penulis.
5. Proses Penilaian
Lepas pelan rumah diluluskan & perjanjian ditandatangan, pihak bank atau LPPSA akan buat penilaian.
Mereka akan nilai berdasarkan:
- Keluasan rumah
- Lokasi tanah
- Faktor lain yang berkaitan
Tujuannya? Untuk tentukan jumlah pinjaman yang layak anda dapat.
6. Mula bina rumah
- Pantau kerja kontraktor
- Simpan semua resit
- Hubungi peguam untuk urusan bayaran
Ada masalah dengan kontraktor? Boleh buat aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM).
7. Dapatkan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
Lepas rumah siap, dapatkan Sijil CCC sebagai bukti rumah selamat didiami.
CCC diluluskan jika:
- Ikut syarat PBT
- Borang lengkap
- Ada air, elektrik, sistem pembetungan
- Arkitek sahkan rumah ikut pelan & selamat
8. Bayar cukai dan ambil insurans
- Bayar cukai pintu & cukai tanah
- Ambil insurans kebakaran untuk lindungi rumah
Rumah siap dan kunci dah dapat, barulah boleh lega!
Baca juga: Guru, Pelajar & Usahawan Wajib Tahu! 14 AI Slide Pembentangan Jimat Masa & Cantik
Sumber: Property Guru
FT Image: Penulis
