Euforia Bola 2026
Dapur

Tular Peniaga Jual Daging Landak Di Media Sosial, Ternyata Ini Hukum Makan Haiwan Berduri Itu!

hukum makan landak

Apakah hukum makan landak? Persoalan ini kembali timbul dan menjadi bualan hangat di dunia, maya selepas tularnya seorang peniaga Melayu menjual daging haiwan tersebut di laman Facebook.

Justeru itu, di kesempatan ini penulis ingin berkongsi tentang hukum makan landak bagi membantu anda memperoleh jawapan dan menghapuskan rasa waswas. Semoga bermanfaat.

Baca juga: Dari Muharam Ke Zulhijah, Ini Maksud Di Sebalik 12 Bulan Dalam Kalendar Islam

HUKUM MAKAN LANDAK

hukum makan landak

Gambar wirestock.

Mengenai hal ini, terdapat kaedah menyebutkan bahawa hukum asal iaitu dalam menentukan status halal bagi suatu haiwan darat itu adalah harus dan halal dimakan selagi mana tiada dalil yang mengharamkannya.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu.” [4]

Tambahan lagi, Syeikh Muhammad bin Soleh juga ada menyebutkan bahawa hukum asal bagi suatu makanan itu adalah halal melainkan adanya dalil yang mengharamkannya.

Jika timbul keraguan dalam diri kita mengenai suatu makanan itu, adakah ia halal ataupun haram. Maka, ia dihukumkan sebagai halal sehinggalah jelas kepada kita bahawa hukumnya adalah haram.

Hal ini adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.” [5]

Ayat di atas merangkumi segala sesuatu yang ada di atas muka bumi ini yang terdiri daripada haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan, pakaian dan sebagainya.

Begitulah juga dalam sebuah riwayat daripada Abu al-Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Apa yang Allah SWT halalkan dalam kitab-Nya, maka ia adalah halal. Apa yang Allah SWT haramkan, maka ia adalah haram, dan apa yang didiamkan mengenainya, maka ia adalah dimaafkan.” [7]

Oleh yang demikian, hukum asal bagi seluruh haiwan adalah halal sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan keharamannya.[8]

Baca juga: Nak Buang Kucing? Fahami Dulu Hukumnya, Jangan Sampai Berdosa Besar!

PENDAPAT BERBEZA PARA ULAMA

hukum makan landak

Gambar Facebook Rizal Anuar: Penternak dan penjual daging landak.

Mazhab Syafi‘i, Malik & Jumhur Ulama:

  • Halal dan tidak makruh memakannya.
  • Berdasarkan prinsip bahawa jika sesuatu makanan tidak dianggap jijik oleh masyarakat Arab, maka ia halal.
  • Dalil: Surah al-A‘raf ayat 157 – Allah SWT menghalalkan benda yang baik dan mengharamkan benda yang buruk.

Mazhab Hanbali (termasuk Imam Ahmad):

  • Haram memakan landak.
  • Alasannya: Landak dianggap jijik dan kotor oleh masyarakat Arab.

Mazhab Hanafi:

  • Makruh untuk dimakan.

Hadith berkaitan:

  • Riwayat Ibn Umar R.A dan Abu Hurairah menyatakan landak adalah “buruk”, tetapi hadith ini lemah dari segi sanad.
  • Ulama seperti Imam al-Nawawi, al-Baihaqi, dan al-Syaukani menolak hadith ini kerana tidak sahih.

Baca juga: 12 Doa Mustajab Untuk Anak Tersayang, Senjata Terhebat Ibu Ayah Boleh Baca Di Hari Arafah

Kesimpulan

Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, landak termasuk dalam haiwan yang halal untuk dimakan sebagaimana pendapat jumhur ulama.

Selain itu landak merupakan makanan yang dianggap baik-baik dan tidak dianggap jijik, sama ada oleh orang Arab mahupun masyarakat Islam di dalam negara kita.

Manakala hadith yang menyatakan mengenai pengharamannya pula tidak boleh dijadikan hujah kerana ia dinilai lemah.

Justeru, hukum landak kembali kepada hukum asalnya iaitu harus dan halal untuk dimakan selagi mana tidak ada dalil yang menyatakan sebaliknya atau memudaratkan pemakannya.

Baca juga: Solat Jemaah Sah Ke Kalau Imam Terlupa Mandi Wajib? Jawapan Ini Mungkin Mengejutkan!

Sumber: Portal Zulkifli al-Bakri

FT Image: Rizal Anuar / wirestock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×