Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Berang Anak Perempuan Dah Setahun Jadi Mangsa Buli Murid Lelaki, Siap Tendang & Hantuk Kepala!

mangsa buli

Menerusi laman Instagram milik seorang ibu dikenali sebagai Syazanaabdullah, dia meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya menjadi mangsa buli di sekolah.

Lebih mengejutkan apabila anak perempuan yang dikenali sebagai Maya itu dibuli oleh pelajar lelaki sehingga berlaku pergelutan fizikal dan hampir meragut nyawa.

Baca juga: 2 Tahun PJJ, Akhirnya Kantoi ‘Housemate’ Suami Rupanya Isteri Orang, Siap Mesej Manja-Manja!

IBU KECEWA ANAK JADI MANGSA BULI DI SEKOLAH?

mangsa buli

Tambahnya juga, perkara ini telah berlaku sejak setahun yang lalu dan laporan polis sudah dibuat. Namun, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan wajar daripada pihak di salah sebuah sekolah rendah di Terengganu.

“22 April 2024. Setahun yang lalu, saya sudah beri amaran kepada pihak sekolah. Anak saya, Maya, murid Tahun 6 di SK Terengganu menjadi mangsa buli verbal yang berlarutan. Kami buat laporan polis. 

“Sekolah minta selesaikan secara dalaman. Guru besar, PK HEM dan PKP hadir, janji tukar kelas kerana pelaku ada sejarah membuli.

“Saya dah cakap waktu itu, “Tolong jangan tunggu sampai ada insiden lebih teruk berlaku…” Tapi siapa sangka, setahun kemudian, ia menjadi pergelutan fizikal yang hampir meragut nyawa anak saya,” jelasnya.

Katanya, pada 21 Mei 2025, si pelaku telah menarik tudung, sepak perut dan menghantukkan kepalanya ke dahi Maya.

“21 Mei 2025 – hari yang mengubah segalanya. Pelaku (Ozil) tarik tudung Maya, sepak di perut dua kali, pegang kepala Maya dan hantukkan kepala ke dahi anak saya. Ugut mahu tumbuk muka Maya depan guru sendiri.

“Anak saya trauma. Kami terus ke hospital, kes dirujuk ke OSCC. Darah ditemui dalam urin. Ditahan di wad, takut ada kecederaan dalaman.

“Soalan saya: Kenapa perlu tunggu jadi begini? Sudah setahun saya beri amaran. Tapi pelaku tidak pernah dikenakan tindakan sewajarnya. Anak saya yang terpaksa akur untuk memilih pertukaran sekolah demi menjaga kesihatan mental

“Sampai bila sekolah nak cuci tangan? Sampai bila JPN nak anggap aduan kami tak berasas? Sampai bila masyarakat nak anggap buli ni perkara kecil?

“Takkan sampai ada kes bunuh baru nak buka mata? Jangan lupa, kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh didakwa di bawah undang-undang. Tapi itu bukan alasan untuk biarkan mereka terus menyakiti anak orang lain tanpa apa-apa bimbingan atau kawalan,” luahnya.

Kisah yang dikongsikan oleh Puan Syazana ini seharusnya membuka mata semua pihak tentang betapa seriusnya isu buli dalam kalangan murid.

Ia bukan sekadar masalah disiplin kecil, tetapi satu ancaman terhadap keselamatan fizikal dan mental anak-anak. Sudah tiba masanya tindakan tegas dan menyeluruh diambil agar kejadian seumpama ini tidak berulang.

Baca juga: Selalu Tidur Kaki Menghadap Kiblat Dianggap Tidak Sopan Atau Dibolehkan? Ini Jawapannya…

Sumber: Instagram

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×