Bulan dalam Islam bukan sekadar penanda masa, tetapi turut menyimpan sejarah, makna dan hikmah yang mendalam dalam kehidupan umat Islam.
Kalendar Islam atau dikenali sebagai kalendar Hijrah, bukan dicipta secara sewenang-wenangnya, tetapi lahir daripada keperluan yang penting dalam pengurusan urusan umat Islam pada zaman pemerintahan para sahabat.
Baca juga: 15 Penuntut UPSI Dalam Nahas Bas Di Gerik Dikategorikan Syahid Akhirat Oleh Mufti
12 BULAN DALAM ISLAM

Gambar AI
Umum juga sedia maklum, perkataan ‘hijrah’ merujuk kepada perjalanan hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah.
Jadi, tahukah anda sistem kalendar Islam yang digunakan pada hari ini mula diperkenalkan secara rasmi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab R.A.?
Meskipun Rasulullah SAW pernah menyarankan penggunaan sistem Tarikh selepas tibanya Baginda di Madinah, namun sistem kalendar yang tersusun belum lagi wujud ketika itu.
Segalanya bermula apabila Saidina Umar menghantar surat kepada Gabenor Basrah, Abu Musa al-Asy’ari dan menulis bulan Syaaban.
Surat tersebut menimbulkan kekeliruan, adakah yang dimaksudkan itu bulan Syaaban yang telah berlalu atau yang akan datang?
Perkara kecil ini mencetuskan satu perbincangan besar di kalangan para sahabat. Hasilnya, mereka sebulat suara mengambil Tarikh hijrah Rasulullah SAW sebagai asas permulaan kalendar Islam.
Maka, bermulalah sistem kalendar Hijrah dengan bulan pertama ialah Muharram dan permulaan tahun dimulakan dengan hijarah Rasulullah.
Baca juga: Tasik Galilee Semakin Kering! Betulkah Dajal Sudah Hampir Muncul?
ASAL USUL NAMA-NAMA BULAN ISLAM
Menariknya, setiap bulan dalam Islam dinamakan berdasarkan keadaan cuaca atau peristiwa besar yang berlaku ketika itu. Berikut adalah nama bulan-bulan Islam dan asal-usulnya:
1. Muharram
Bulan ini mengambil perkataan ‘haram’ yang bermaksud terlarang.
Hal ini disebabkan oleh budaya atau tradisi Arab yang mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas kedatangan Islam, budaya tersebut masih diteruskan.
2. Safar
Perkataan ini bermaksud tiupan angin. Ketika nama ‘Safar’ mula digunakan, mungkin ketika itu adalah waktu berangin.
3. Rabiulawal
Perkataan ini bermaksud bulan pertama musim bunga.
4. Rabiulakhir
Perkataan ini bermaksud bulan kedua musim bunga.
5. Jamadilawal
Erti perkataan ini ialah bulan pertama musim panas. ‘Jumada’ bermaksud kering.
6. Jamadilakhir
Maksud perkataan ini ialah bulan kedua musim panas.
Baca juga: Pergilah Melancong Ke Mana Pun Tapi Jangan Tinggal 11 Barang Ini, Masa Solat Rasa Yakin
7. Rejab
Rejab juga ialah bulan suci yang mengharamkan peperangan. Bulan ini juga dikenali sebagai Rajab al-Fard.
‘Fard’ bermaksud keseorangan kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab yang berada di tengah-tengah.
8. Syaaban
Kata ini berasal dari perkataan syu’ba yang bermaksud berpecah atau menyimpang. Hal ini kerana, masyarakat Arab sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
9. Ramadan
Perkataan Ramadan diambil dari perkataan ‘ramda’. Maksudnya ialah batu yang panas kerana pada ketika itu cuaca amat panas.
10. Syawal
Perkataan Syawal diambil daripada perkataan yang membawa maksud ‘unta betina bunting’. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina sedang bunting.
11. Zulkaedah
Perkataan ini berasal daripada perkataan ‘qa’ada’ bermaksud ‘untuk duduk’. Bulan ini bulan suci yang ketiga.
Oleh sebab itu, ramai orang menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk bersedia menunaikan Haji.
12. Zulhijjah
Dalam bulan ini, haji dilaksanakan. Oleh sebab itu, perkataan ‘haji’ digunakan sebagai namanya.
Bulan ini merupakan bulan suci terakhir dalam setahun dan sebarang pertempuran adalah dilarang.
Kesimpulan
Melalui perbincangan di kalangan para sahabat akan perkara kecil ini, telah menghasilkan satu keputusan penuh hikmah.
Hal ini kerana, peristiwa hijrah bukan sekadar perubahan lokasi, tetapi lambang perjuangan, pengorbanan dan permulaan era baru dalam Islam.
Kini, kalendar Hijrah menjadi rujukan utama umat Islam untuk menetapkan ibadah-ibadah penting seperti puasa, haji, zakat dan pelbagai peristiwa keagamaan.
Baca juga: Hukum Solat Hanya Baca Al-Fatihah Tanpa Surah Tambahan, Ada 2 Situasi Semua Wajib Tahu!
