Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Dulu Seram Tengok Baju Putih Fabrik 100% Cotton Kotor, Sekarang Tak Lagi Bila Guna 1 Bahan ‘Power’ Ini!

cara cuci baju putih

Ramai yang suka pakai baju putih sebab nampak bersih, kemas dan senang dipadankan dengan apa jua pakaian. Tapi bab penjagaan, ramai juga yang risau kerana takut cepat kusam, kotor susah hilang atau jadi kuning bila tersilap basuh. Cara cuci baju putih sebenarnya tak susah mana pun, walaupun ramai anggap baju putih ini renyah nak jaga.

Kalau anda tertanya-tanya cara cuci baju putih yang betul, terutama fabrik cotton, perkongsian ini memang untuk anda. Pengalaman seorang pengguna bernama Dinas Elni ini mungkin boleh ubah cara anda mencuci dan menjaga pakaian putih agar kekal bersih berkilau tanpa banyak usaha.

Baca juga: Tips Pakaian Kurang Kedut Lepas Guna Mesin Pengering, Tak Payah Susah Gosok!

CARA CUCI BAJU PUTIH 100% COTTON

cara cuci baju putih

Gambar: Dinas Elni

Saya ada sorang kawan yang wardrobe dia memang banyak baju putih. Asal beli baju baru mesti putih. Design lain-lain, material lain tapi mesti putih.

Dulu saya terfikir macam manalah orang yang suka baju putih ini jaga pakaian mereka. Mesti jenuh mencuci. Tapi dah berumur ini kita pula banyak beli barang dan baju putih seperti tuala, alas kaki dan Tshirt.

Senang nak matching dengan pakaian lain dan nak basuh. Sebenarnya senang sahaja nak basuh kalau fabrik itu kain kapas 100%.

Rendam chlorine atau oxygen bleach sahaja kalau ada kotoran degil. Basuhan biasa kalau lightly stained, campur satu scoop sodium percarbonate dengan sabun basuh baju biasa.

Berkilau putihnya!

Baca juga: Cara DIY Pintu Rumah, Dari Kembang & Terkopek Terus ‘Glow Up’ Macam Hotel 5 Bintang!

Info mengenai oxygen bleach dan chlorine bleach

Sementara itu, di ruangan komen Dinas Elni menerangkan akan terma oxygen bleach dan Clorox yang ditanyakan oleh salah seorang pengguna Facebook.

“Clorox merupakan salah satu jenama untuk chlorine bleach.

“Sodium percarbonate ialah jenis oxygen bleach. Contoh jenama yang ada sodium percarbonate sebagai bahan aktif seperti Vanish, Seaways Stain Remover, Cosway drum cleaner dan sebagainya.

“Tapi kesemua jenama ini ada campuran bahan lain seperti optical brightener, bahan pencuci, pewangi dan sebagainya,.

“Saya beli pure sodium percarbonate selalunya dekat penjual Shopee ini,” jelasnya.

Suhu air dan penggunaan jenis peluntur pada pakaian putih dan berwarna

Tambahnya lagi, chlorine bleach sesuai digunakan untuk kain putih sahaja. Kalau guna oxygen bleach boleh guna pada pakaian putih dan berwarna.

Pastikan suhu air cucian ialah 60°C kerana ia dapat digunakan untuk 100% cotton. Kalau suhu bawah itu ia akan lambat bertindak balas. Kain lain kena ikut suhu dibenarkan kain, tapi direndam lama.

Baca juga: ‘Step By Step’ Tukar Kapasitor Kipas Siling, Kelajuan 1 Rasa Macam Angin Turbo!

Jangan campur clorox dan chlorine bleach

Dinas juga menegaskan bahawa tidak boleh mencampurkan Clorox atau apa juga jenis chlorine bleach dengan sesuatu selain air, melainkan anda seorang ahli kimia dan memahami tindak balas kimia.

Hal ini kerana, campuran kedua-duanya itu akan mengeluarkan gas klorin yang berbahaya. Jadinya, pilih salah satu untuk merendam.

Dinas biasanya merendamkan pakaian cotton putih dengan chlorine bleach. Sementara, oxygen bleach (sodium percarbonate) dia gunakan untuk baju berwarna atau putih.

Baca juga: Wanita Ingatkan Kabinet Bertutup Pastikan Ada Lubang Udara, Kerana Dapur Gas Pernah Meletup!

Sumber: Dinas Elni

FT Image: Dinas Elni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×