Menerusi laman TikTok milik penerbit terkenal, Sheila Rusly, dia ada kongsikan satu video berjaya menarik minat pengikutnya dan rata-rata teringin untuk mempunyai ibu mentua seperti dia.
Dapat dilihat menerusi video itu, Sheila Rusly menyediakan makanan berpantang khas untuk menantu kesayangannya, Elisya Sandha yang baru melahirkan cahaya mata.
Baca juga: Anak Kedua Sheikh Muszaphar Terpilih Program Bakat Olimpik, “Mommy Daddy Sentiasa Doakan…”
SHEILA RUSLY MASAK MAKANAN BERPANTANG UNTUK MENANTU

Elisya memilih untuk menjalani tempoh berpantang di rumah Sheila selepas melahirkan cahaya mata kedua mereka. Sebagai ibu mentua yang penyayang, Sheila merancang menu berpantang yang sihat dan enak untuk Elisya.
Elisya selamat melahirkan anak kedua, bayi lelaki yang diberi nama Bahtera Elhaq Bin Uzair Haqimy. Antara hidangan yang disediakan oleh Sheila adalah ikan goreng halia, sup sayur, nasi ulam dan ayam kampung serai.
Bahan masakan yang digunakan oleh Sheila mempunyai kebaikan tersendiri untuk badan ibu sedang berpantang, seperti halia yang membantu membuang angin dalam badan, kunyit yang bersifat anti-radang, serta serai yang dapat melancarkan peredaran darah.
Gabungan bahan-bahan tradisional ini bukan sahaja menambah rasa dalam masakan, tetapi juga mempercepatkan proses pemulihan dalaman wanita selepas bersalin.
Hubungan Sheila dan Elisya yang akrab dan penuh kasih sayang ini pastinya mendapat pujian ramai darpada warganet yang menganggap Sheila Rusly sebagai ibu mentua idaman.
“Seronok kalau dapat mak mentua macam ini, menu masakan pun sedap dan kena dengan selera. Untung Elisya dapat mentua baik,” komen pengguna TikTok.
Sumber: TikTok Sheila Rusly
