Masih ramai dalam kalangan kita yang belum tahu sebenarnya boleh servis aircond rumah menggunakan remote sahaja. Tanpa perlu alatan khas, fungsi tertentu pada remote aircond boleh membantu menjaga kebersihan unit dalaman.
Berikut penulis kongsikan cara penuh servis aircond menggunakan remote, langkah demi langkah yang mudah difahami dan boleh anda lakukan sendiri di rumah tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi.
Baca juga: Cara Bercuti Ke Utara Pakistan Bawah RM3000 Seorang, Boleh Pergi 7 Hari 6 Malam!
RUPANYA BOLEH SERVIS AIRCOND RUMAH GUNA REMOTE JE?

Freepik
Rupa-rupanya boleh servis aircond rumah sendiri dengan hanya guna remote, cara yang sangat mudah dan berkesan. Berikut penulis kongsikan cara-caranya:
– Selepas anda guna penghawa dingin pada waktu malam, jangan matikan terus aircond.
– Tetapkan mode daripada ‘Cool’ ke mod ‘Fan’ dan tetapkan kelajuan kipas ke tahap paling tinggi.
– Biarkan penghawa dingin hidup selama 15 minit.
– Kemudian barulah matikan aircond anda.
Tujuan kita menetapkan kepada mod ‘fan’ adalah kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Ini bermakna hanya kipas fancoil sahaja yang akan beroperasi (tanpa penyejukan) dan udara akan terus bertiup.
Mod ini membantu mengeringkan kelembapan di dalam unit penghawa dingin serta mengurangkan pengumpulan habuk, kotoran, dan kulat yang terbentuk akibat kelembapan.
Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode ‘Cool’ apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
Mudah sahaja kan cara servis aircond sendiri di rumah? Selamat mencuba!
Baca juga: Rupanya ‘Upload’ Gambar Dekat Facebook Boleh Dapat Duit, Ini Cara Yang Ramai Tak Tahu!
Sumber: Facebook
