Tidur kaki arah kiblat sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam, adakah ia dibenarkan atau dianggap tidak sopan dari sudut adab dan agama?
Jadi, menerusi artikel ini penulis akan menjelaskan pandangan Islam berkaitan isu berkenaan serta berkongsi adab tidur menurut sunnah Rasulullah SAW.
Baca juga: Baru Tahu Ini Rupanya Hukum Lelaki Islam Pakai Cincin Di Jari, Jangan Main Sarung Je!
TIDUR KAKI ARAH KIBLAT, HARAM ATAU DIBOLEHKAN?

Perkara ini turut dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus di laman Facebooknya di mana tidur dalam kedudukan kedua kaki mengadap ke arah kiblat adalah harus dan tidak diharamkan.
Sekiranya seseorang itu dihadapan Kaabah maka sebahagian fuqahak menyatakan sebagai makruh.
Mufti Mesir Dr Ali Jumaah menjelaskan:
“Dengan dinisbahkan kepada dua tapak kaki pada arah kiblat saya belum temui nas pada Quran dan Sunnah barang yang menegah akan yang demikian itu.
“Maka tidak ada di sana dalil atas haramnya menghalakan kedua tapak kakinya arah Ka’bah kecuali sungguhnya telah tersebut pada adab-adab sebahagian solihin bahawasanya orang Islam kerana memelihara segannya daripada Allah tidak ia luruskan kedua tapak kakinya ke arah Ka’bah.” (Fatawa Dr Ali Juma’ah)
Selain itu, menurut Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin menyebut,
“Tidak ada dosa bagi orang yang tidur sementara kakinya ke arah kiblat. Bahkan, sebahagian ulama mengatakan, sesungguhnya orang yang sakit, yang tidak mampu berdiri atau duduk, maka dia boleh menunaikan solat sambil berbaring dan wajahnya menghadap ke arah kiblat.
“Jika tidak mampu, dia boleh menunaikan solat sambil terlentang dan kakinya ke arah kiblat.” (Fatwa Ibnu Utsaimin, 2:976)
Kesimpulannya, tidur kaki arah kiblat hanya dianggap makruh jika seseorang berada berdekatan dengan Kaabah.
Adab tidur menurut pandangan Islam
Antara adab tidur dalam Islam adalah seperti berikut:
- Berwuduk sebelum tidur
- Mengibas tempat tidur sebelum berbaring
- Tidur dalam keadaan bersih dan menutup aurat
- Membaca doa dan zikir sebelum tidur
- Tidur mengiring ke sebelah kanan
Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua!
Baca juga: Ini Tutorial Penuh Cara & Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha, Ringkas Je..
Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus & Tzkrh
