Euforia Bola 2026
Nur

Baru Tahu Ini Rupanya Hukum Lelaki Islam Pakai Cincin Di Jari, Jangan Main Sarung Je!

hukum lelaki pakai cincin

Sesetengah kaum Adam, masih lagi tidak tahu mengenai hukum lelaki pakai cincin terutamanya di bahagian jari tengah. Hal ini kerana ramai lelaki masa kini memakai cincin semata-mata sebagai perhiasan, tanpa menyedari bahawa terdapat garis panduan syarak yang perlu diambil kira.

Dalam Islam, pemakaian cincin bukan sekadar soal gaya, tetapi turut melibatkan adab dan sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Baca juga: Kalau Anda Tergolong Dalam Senarai Ini, Pastikan Ambil Hibah Sebelum MENYESAL!

HUKUM LELAKI PAKAI CINCIN MENURUT ISLAM, BOLEH KE?

HUKUM LELAKI PAKAI CINCIN

Di dalam sebuah hadis riwayat Muslim, `Ali bin Abi Talib RA telah berkata:

نَهَانِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَتَخَتَّمَ فِي إِصْبَعِي هَذِهِ أَوْ هَذِهِ‏.‏ قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِيهَا

Maksudnya: “Rasulullah SAW menegahku dari memakai cincin pada jari ini dan ini (sambil menunjukkan kepada jari tengah dan selepasnya iaitu jari telunjuk” Riwayat Muslim (2078)

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyatakan bahawa telah berlaku ijmak dalam kalangan umat Islam mengenai sunnah lelaki memakai cincin di jari kelinking.

Bagi wanita pula, mereka dibolehkan memakai cincin pada mana-mana jari. Larangan Nabi SAW dalam hadis yang disebutkan membawa maksud makruh tanzih, iaitu tidak disukai tetapi tidak berdosa jika dilakukan.

Memakai cincin di tangan kanan atau kiri juga dibolehkan kerana terdapat hadis sahih yang menyokong kedua-dua amalan tersebut.

Dapat disimpulkan bahawa hukum hukum lelaki pakai cincin pada jari tengah (hantu) dan juga telunjuk adalah makruh tanzih. Namun sunnah memakai cincin pada jari kelinking dan menurut mazhab Syafie tidak kisah sama ada memakainya pada tangan kiri ataupun kanan.

Pemakaian cincin pada jari tengah dan jari telunjuk sebaiknya dielakkan. Bagi lelaki yang berhasrat untuk memakai cincin, disarankan agar memakainya pada jari manis atau jari kelinking, selaras dengan sunnah dan panduan yang diberikan dalam ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis riwayat Anas bin Malik RA, beliau menyebutkan:

كَانَ خَاتِمُ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِى هَذِهِ. وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى

Maksudnya: “Adalah Nabi SAW memakai cincin pada jari ini (sambil menunjukkan ke arah jari kelinking pada tangan kirinya)” Riwayat Muslim (2095)

Semoga bermanfaat.

Baca juga: 6 Jenis Burung Yang Haram Dimakan, Jangan Ambil Ringan!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×