Di laman Instagram, kecoh mengenai komen yang diberikan oleh isteri kepada pelawak tanah air, Zira di mana dia berkongsi pengalaman rakannya tentang sindiket kanak kanak hilang.
Difahamkan, rakannya itu kehilangan anak perempuan di sekitar ibu negara baru-baru ini. Difahamkan, kanak-kanak tersebut akhirnya ditemui semula di sempadan Malaysia-Thailand iaitu Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Baca juga: Anak Kedua Sheikh Muszaphar Terpilih Program Bakat Olimpik, “Mommy Daddy Sentiasa Doakan…”
SINDIKET KANAK KANAK HILANG, SOROK DALAM LORI AYAM

Menurut komen itu, difahamkan pihak berkuasa telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah lori yang membawa ayam dan menemui enam orang kanak-kanak disembunyikan di bahagian tengah kenderaan berkenaan.
Lebih mengejutkan, tiga daripada mereka dipercayai tidak boleh bercakap akibat dipercayai disuntik dengan bahan kimia.
“Beritahu kawan-kawan yang selalu bawa anak ke KL, Malaysia. Peringatan untuk semua, hari ini Tuhan telah menunjukkan sesuatu. Kawan saya kehilangan anak perempuan minggu lepas dan tengah hari tadi anaknya dijumpai di Bukit Kayu Hitam.
Pihak polis telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori ayam, dan dalam lori tersebut terdapat 6 orang kanak-kanak. Tiga daripada mereka tidak boleh bercakap disebabkan disuntik dengan ubat kimia. Mereka dipercayai akan dihantar ke Thailand untuk dibunuh dan dijual organ,” jelasnya.
Difahamkan juga, kanak-kanak itu disorok di dalam kotak, manakala ayam diletakkan mengelilingi bahagian luar bagi mengaburi pihak berkuasa.
Pemandu lori dilaporkan berbangsa Melayu dan pemilik lori berbangsa Cina, menurut dakwaan dalam mesej tersebut.
Perkongsian ini sekali gus menjadi peringatan keras kepada semua ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka dan tidak mengambil ringan soal keselamatan, lebih-lebih lagi ketika berada di kawasan tumpuan ramai.
“Setiap seorang diletakkan dalam satu kotak dan disembunyikan di bahagian tengah lori, dikelilingi oleh ayam. Pemandu lori berbangsa Melayu, manakala pemilik lori dipercayai berbangsa Cina.
“Sila pastikan keselamatan anak-anak anda. Jangan beri ruang untuk mereka mengambil kesempatan. Saya menerima mesej ini daripada seorang anggota tentera yang menjaga sempadan Malaysia–Thailand. Rakan sejawat dari pihak berkuasa Thailand mengesahkan sindiket ini masih aktif.
“Hati-hati! Bisnes penjualan organ kanak-kanak masih aktif di Thailand! Awasi anak-anak anda. Semoga keselamatan anak-anak kita sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh Allah SWT. Amin Ya Rabb,” tulis Zira.
Baca juga: Masuk Kedai Buku Atau Kedai Eco Mesti Perut Buat Hal? Rupanya Ini ‘Magic’ Di Sebalik Sains!
Sumber: Nabil Zira
