Euforia Bola 2026
Nur

Puasa Hari Arafah Nak Ikut Waktu Makkah Atau Waktu Malaysia?

puasa hari arafah

Puasa Hari Arafah ialah puasa sunat yang sangat digalakkan untuk umat Islam yang tidak mengerjakan haji. Ia dilakukan pada 9 Zulhijjah, iaitu hari jemaah haji wukuf di Arafah.

Namun, terdapat kekeliruan bagi umat Islam yang berada di luar Mekah terutamanya di Malaysia. Perlukah puasa ini mengikut waktu Mekah atau ikut waktu tempatan (Malaysia)?

Baca juga: 10 Doa Pilihan Sempena Hari Arafah, InsyaAllah.. Doa Anda Dimakbulkan Allah SWT

PUASA HARI ARAFAH, PERLU IKUT WAKTU MALAYSIA ATAU WAKTU MAKKAH?

puasa hari arafah

Gambar hiasan.

Jawapan ringkas untuk mudah difahami adalah umat Islam di Malaysia hendaklah berpuasa Arafah mengikut tarikh 9 Zulhijjah berdasarkan takwim tempatan (Malaysia), bukan ikut tarikh di Mekah.

Penjelasan Lengkap:

1. Isu Perbezaan Tarikh Zulhijjah

Tarikh 9 Zulhijjah tidak semestinya jatuh pada hari yang sama di seluruh dunia kerana ia bergantung kepada:

– Kaedah penetapan awal bulan (rukyah atau hisab)
– Lokasi geografi dan kenampakan anak bulan

Contohnya: 9 Zulhijjah di Makkah mungkin jatuh sehari lebih awal atau lewat daripada di Malaysia.

2. Dalil & Penjelasan Ulama

Puasa Arafah berkait dengan tarikh 9 Zulhijjah, bukan semata-mata hari wukuf. Majoriti ulama termasuk dalam Mazhab Shafi’i, Hanbali dan sebahagian ulama kontemporari menyatakan bahawa umat Islam di sesuatu negara perlu ikut tarikh 9 Zulhijjah berdasarkan tempat masing-masing, kerana ibadah puasa adalah ibadah individu yang tidak bergantung kepada ibadah jemaah haji.

3. Pandangan Jabatan Agama Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan para mufti negeri menegaskan bahawa tarikh puasa Arafah di Malaysia ialah 9 Zulhijjah berdasarkan takwim Malaysia, bukannya ikut hari wukuf di Mekah.

Contoh tahun:

Jika 9 Zulhijjah di Mekah jatuh pada 25 Mei 2026, tapi 9 Zulhijjah di Malaysia jatuh pada 26 Mei 2026, maka umat Islam di Malaysia disarankan puasa pada 26 Mei.

Lafaz niat puasa sunat Arafah

puasa hari arafah

Foto hiasan.

1. Lafaz Niat dalam Rumi

“Nawaitu sauma ‘arafata sunnatan lillahi ta‘ala.”

Maksud: “Sahaja aku berpuasa sunat Arafah kerana Allah Ta‘ala.”

2. Lafaz Niat dalam Jawi/Arab

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

3. Waktu Berniat

Waktu niat bermula dari malam hari (selepas Maghrib) hingga sebelum terbit fajar (Subuh). Jika terlupa berniat pada malam hari, boleh niat sebelum tergelincir matahari (Zohor) dengan syarat belum makan/minum apa-apa sejak Subuh.

Kesimpulannya, puasa Arafah hendaklah dilakukan pada 9 Zulhijjah mengikut takwim tempatan Malaysia. Tidak perlu ikut tarikh wukuf di Mekah kerana hukum puasa Arafah berdasarkan waktu tempatan, bukan lokasi ibadah haji. Namun, anda disarankan untuk berpuasa sunat Tarwiyah pada 25 Mei sebelum tibanya Hari Arafah pada 26 Mei 2026 ya!

Baca juga: Haiwan Korban Tertanggal Gigi, Adakah Syarat Sah Korban Terbatal? Mufti WP Jawab…

Sumber: Tiktok @DrAbuAnasMadani, Mufti WP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×