Euforia Bola 2026
Asuh

Bagi Si Kecil Sarapan Macam Ini Mungkin Boleh Jadi Punca Anak Sakit 20 Tahun Lagi, Elakkan!

Setiap ibu bapa pasti mahu yang terbaik untuk si kecil mereka, terutama dari segi pemakanan. Namun, tanpa disedari, rutin makanan untuk anak ketika sarapan seperti roti krim dan cereal warna-warni boleh menyebabkan kanser.

Dalam artikel ini, penulis ada kongsikan dengan lebih lanjut mengenai makanan untuk anak agar ibu bapa boleh ‘menyelamatkan’ masa depan mereka.

Baca juga: Tak Nak Anak Jadi Kasar, Ibu Ayah Kena Kurangkan Perangai Ini! Jangan Asyik Ulang Benda Sama

MAKANAN UNTUK ANAK MUNGKIN SALAH KALAU IBU ‘SUAP’ YANG INI

MAKANAN UNTUK ANAK

Anak makan roti krim, cereal hari-hari, tak nampak apa salahnya tetapi 20 tahun lagi mungkin baru nampak

Kita semua sayang anak. Setiap pagi, kita nak yang terbaik untuk mereka, nak mereka kenyang dan nak mereka ke sekolah dengan senyuman.

Tapi dalam usaha nak pastikan perut anak terisi setiap pagi, ramai daripada kita terlepas pandang satu perkara besar mengenai apa yang anak makan setiap hari sedang membentuk kesihatan mereka untuk seumur hidup.

Contoh sarapan ‘biasa’ yang mungkin lebih memudaratkan daripada membantu adalah:

  • Roti putih + marjerin
  • Cereal warna-warni + susu UHT
  • Air kotak perisa buah
  • Kadang-kadang leftover nugget dari malam sebelumnya

Semua ini nampak biasa dan mudah. Tapi bila digabung, ia sebenarnya tinggi:

  • Karbohidrat diproses (refined carbs)
  • Gula tersembunyi
  • Hampir tiada protein dan lemak sihat

Apa kesan jangka panjang makanan macam ini kepada anak?

1. Risiko rintangan insulin dan diabetes jenis 2

Kajian dari The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism menunjukkan bahawa diet tinggi karbohidrat ringkas ketika kanak-kanak boleh menjejaskan sensitiviti insulin dan perkembangan pankreas.

2. Risiko sindrom metabolik

Menurut Nutrition Reviews, kekurangan protein haiwan dalam diet awal dikaitkan dengan peningkatan risiko obesiti, rintangan insulin, dan penyakit metabolik di usia dewasa.

3. Makanan proses dan penyakit kronik

Kajian jangka panjang oleh Harvard T.H. Chan School of Public Health mendapati bahawa pendedahan awal kepada makanan ultra processed meningkatkan risiko penyakit kronik, walaupun anak nampak sihat dan berat badan normal waktu kecil.

Apa yang kita boleh ubah dari rumah, walaupun dengan bajet terhad? Ini caranya:

– Biasakan anak minum air kosong, bukan air manis.

– Masukkan sumber protein seperti telur, ikan, ayam walaupun dalam kuantiti kecil.

– Sediakan sup ringkas atau nasi bersama lauk ringan untuk sarapan.

– Kurangkan cereal, kuih manis, biskut manis dan makanan segera.

Kita bukan sekadar beri makan. Kita sedang bentuk masa depan anak. Kita sedang bentuk pankreas anak. Kita sedang jaga fungsi hati anak. Kita sedang ajar badan anak apa itu tenaga sebenar, bukan tenaga palsu dari gula.

Sayang anak bukan hanya beri hadiah dan pelukan, sayang anak kena beri makanan yang bantu dia sihat 20-30 tahun dari sekarang.

Jom ubah cara kita suap anak sebab apa yang mereka makan hari ini, sedang bentuk siapa mereka 20 tahun akan datang.

Baca juga: Cikgu Hempas & Tikam Kepala Murid Sampai Ada 7 Tusukan, Gigil Badan Si Ayah Bila Tengok CCTV!

Sumber: Facebook Masdi Hazli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×