Euforia Bola 2026
Kini Trending

TikTok Shop Bawa Siti Nurhaliza, Eira Syazira & Ramai Lagi Ke Jom Heboh KL!

Empat figura terkenal yang juga usahawan berjaya iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Cik B, Betty Rahmad dan Eira Azira akan berada di booth TikTok Shop di Karnival Jom Heboh (KJH), KL Base pada 30 Mei sehingga 1 Jun untuk mempromosikan produk mereka sendiri,

Lagi best, anda boleh beli terus produk mereka melalui TikTok Shop dan pilih untuk ambil terus di booth! Hanya perlu pilih pilihan penghantaran ;TikTok Shop Seller Own Fleet’ ketika checkout dan terus boleh bawa balik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SIMPLYSITI (@officialsimplysiti)

Antara jenama selebriti yang akan memeriahkan booth TikTok Shop:

  • SimplySiti oleh Siti Nurhaliza

  • Bettys Kitchen oleh Betty Rahmad

  • Candyta Beaute HQ oleh Eira Syazira

  • Salmon Skin Salted Egg oleh Cik B

Haa.. Nanti bolehlah bergambar sakan dengan selebriti kegemaran korang!

TikTok Shop Birthday Bash: Penghantaran Percuma, Baucar Hebat & Diskaun Sehingga 66%! 🎉

Dalam masa yang sama, TikTok Shop juga tengah ‘all out’ sambut hari jadi mereka dengan pelbagai tawaran hebat yang memang sayang kalau anda terlepas!

Penghantaran Percuma Tanpa Had

Ya, betul anda baca tu. Unlimited Free Shipping! Tak kisah anda beli satu barang, dua atau 10 barang sekalipun. Semuanya layak untuk penghantaran percuma. Memang jimat berganda!

Baucar Bertindih Sehingga RM100!

Nak shopping dengan lebih jimat? Anda boleh gabungkan empat jenis baucar untuk nikmati lebih banyak diskaun.

Antara baucar yang ditawakan adalah baucar penghantaran percuma, baucar EXTRA, baucar untuk pulangan tunai bonus dan baucar penjual.

Psstt.. Kami ada tip untuk penjimatan tambahan! Anda hanya perlu tonton siaran langsung TikTok Shop dalam ‘liveroom’, ada baucar eksklusif yang eksklusif dan hanya boleh ditebus oleh penonton live sahaja. Tengok live, dapat baucar, terus checkout. Mudah dan jimat!

Diskaun lagi Sehingga 66%!

Sempena sambutan ulang tahun ni, anda boleh nikmati diskaun sehingga 66% untuk pelbagai barangan. Nak shopping barang dapur, keperluan rumah, produk kecantikan dan sebagainya? Semuanya ada!

Tawaran Hari Jadi  Serendah RM6, RM66 & RM666

Inilah masanya nak rebut tawaran eksklusif yang jarang-jarang kita dapat. Contohnya, untuk produk seperti berikut:

  1. AIK CHEONG Cafe Art Chocolate + Superman Tumbler – RM6
  2. Arfum Softener (4 x 200ml) – RM6
  3. Mars Wrigley Bundle – RM6
  4. Breeze 5in1 Capsules – RM6
  5. WHISKAS TastyMix Wet Food – RM6
  6. WHISKAS Dry Food Urinary Care 1.1kg – RM6

Bayangkan, RM6 sahaja untuk bundle hebat macam ni? Memang rugi kalau tak grab!

All Star Livestream: Hiburan & Shopping Dalam Satu Masa

Kalau anda suka tengok livestream, All Star Livestream ni wajib masuk dalam jadual anda! Siaran ni bukan biasa-biasa, sebab ada:

  • Kolaborasi eksklusif antara top influencer dan CEO atau duta jenama
  • Bundle khas yang hanya ditawarkan masa livestream
  • Cabutan bertuah setiap 30 minit
  • Aktiviti menarik macam kuiz, teka-teki, cabaran masa nyata
  • Persembahan artis popular seperti Nadeera, Imran Ajmain dan ramai lagi!

Bayangkan anda boleh menang hadiah sambil tengok live, dan dalam masa yang sama shopping dengan pelbagai tawaran hebat. Syok sangat!

Bersedia untuk serbu booth TikTok Shop di Jom Heboh KL dan nikmati juga Birthday Bash deals terus melalui Aplikasi TikTok  sekarang  sebelum semuanya sold out!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×